Connect with us

Semasa & Hiburan

“I Finally Registered..” – Adibah Noor Tidak Lagi Mahu “Tunggu Dan Lihat”, Ambil Keputusan Daftar Vaksin

Seorang penyanyi dan pelakon, Adibah Noor, membuat pengakuan baru-baru ini melalui laman Twitter miliknya bahawa dia sebelum ini termasuk di dalam golongan mereka yang mahu “tunggu dan lihat” terlebih dahulu.

Published

on

Apabila bercakap tentang vaksin Covid-19, ada beberapa pandangan daripada masyarakat mengenainya. Ada yang terbuka menerima vaksin tetapi ada juga golongan yang anti-vaksin di mana mereka tidak percaya dengan fungsi vaksin. Selain itu, ramai juga yang bersifat neutral di mana mereka tidak mahu memihak kepada mana-mana pihak tetapi lebih kepada mengambil tindakan “wait and see” sebelum mengambil apa-apa jenis keputusan.

Baca juga:ย Malaysia Antara 19 Negara Yang Berpotensi โ€˜Hancurโ€™ Akibat Wabak COVID-19, Lapor Data Antarabangsa

Seorang penyanyi dan pelakon, Adibah Noor, membuat pengakuan baru-baru ini melalui laman Twitter miliknya bahawa dia sebelum ini termasuk di dalam golongan mereka yang mahu “tunggu dan lihat” terlebih dahulu. Namun, selepas menyedari dirinya termasuk di dalam kategori mereka yang berisiko tinggi dijangkiti virus membunuh Covid-19, Adibah Noor membuat keputusan untuk tidak mahu lagi “tunggu dan lihat” dan terus mendaftar untuk mendapatkan vaksin.

Adibah Noor akui bahawa dia rasa bersalah kerana memilih untuk tunggu terlebih dahulu sebelum mendaftar sebagai penerima vaksin. Mungkin mulai sedar kepentingan mengambil vaksin sebagai salah satu cara melindungi diri, Adibah Noor dengan bangga mengumumkan dia akhirnya mendaftar sebagai penerima vaksin.

Melalui ruangan balas posting tersebut, ada seorang pengguna Twitter bertanya kepada Adibah Noor apa yang memberikannya motivasi dan membuatkan Adibah akhirnya tekad untuk mendaftar sebagai penerima vaksin setelah sekian lama? Jawab Adibah, kawan kepada ibunya yang juga merupakan individu berisiko tinggi sudahpun menerima suntikan vaksinnya yang keduanya dan dia tenang sahaja, tiada implikasi yang berlaku. Ini meyakinkan Adibah Noor untuk turut mendaftar dan mengambil vaksin.

Rata-rata wargamaya yang berada di ruangan komen tersebut memberikan kata-kata semangat kepada Adibah Noor. Kini Adibah Noor berkata dia lebih dari yakin untuk menerima vaksin ini selepas melihat ramai orang terutama orang tua dan berisiko tinggi mengambil vaksin ini. Cerita-cerita positifย  yang dikongsikan memberi Adibah Noor motivasi untuk mengambil satu tapak lagi ke hadapan.

Ini adalah satu perkembangan yang bagus. Diharapkan lebih ramai lagi masyarakat yang masih ragu-ragu supaya diberikan motivasi untuk turut sama mengikut jejak langkah Adibah Noor.

Baca juga:ย Eina Azman Mohon Maaf Isu Vaksin, Pilih Kunci Mulut Mengenai Masalah Kesihatan

Sumber:ย Adibah Noor

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement