Semasa & Hiburan
‘Husband Tak Cakap Pun Harga RM45k++’ – Kantoi Basikal Sama Harga Dengan KJ
Lelaki biasanya akan ‘back up’ kaum lelaki yang lain…
Gara-gara insiden yang menimpa Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, terlibat dengan kemalangan ketika menunggang basikal, ramai yang dah tahu harga basikal yang KJ gunakan. Melalui perkongsian sebuah posting di Twitter, katanya harga basikal KJ mencecah RM45,000. Boleh tahan mahal juga basikal yang ditunggangnya tu. Ia merupakan basikal premium dari Itali iaitu Pinarello.
Italian premium bicycle maker @Pinarello_UK has extended their regret and apologies to Minister of Science @Khairykj and since offered a full replacement of his MYR45,000++ Dogma F10, after his mishap at Kuala Langat. Pinarello wishes the MP a speedy recovery. pic.twitter.com/0coRQyN6O2
β BorneoGhost Online (@theborneoghost) December 27, 2020
Bagaimanapun, seorang wanita βterkejutβ apabila dapat tahu yang harga basikal milik suaminya sama dengan harga basikal milik KJ. Kata wanita tersebut, dia tidak diberitahu oleh suaminya tentang harga sebenar basikal tersebut. Dalam posting yang sama, wanita tersebut turut menyertakan sekali gambar suaminya dengan basikal Pinarello tersebut di sebelah tangkap layar berita.
baru perasan basikal sama.. husbeng tak ckp pun harga rm45k++++++ π€π€π€ pic.twitter.com/cCKY4JuUxI
β iamsapphire (@cikNils) December 28, 2020
Dalam pada itu, warganet yang lain sempat mempertahankan si suami daripada terus βkantoiβ dengan isterinya. Tambahan lagi, rata-rata yang βback upβ abang basikal adalah kaum lelaki. Memang semangat brotherhood betul apabila masing-masing cuba mempertahankan abang basikal tersebut daripada βbahayaβ yang bakal menimpanya di rumah.
Memang lucu komen-komen ‘back up’ daripada netizen sehinggakan posting yang asal turut menyatakan tersalah letak harga. Apa-apa pun, semoga abang basikal terus berbahagia dengan isterinya dan meneruskan hobi berbasikal dengan selamat.
Baca juga artikel menarik lain:
Jatuh Langgar Lubang Jalan, JKR Minta Maaf Pada KJ
‘Yang Jahat Pasti Menemui Ajal’ – Pembunuh Bersiri Yang Membunuh 47 Penjenayah Lain Dalam Penjara
Sumber daripada: Twitter