Semasa & Hiburan
Hukuman Gantung Tidak Cukup Sadis. Ini 5 Hukuman Mati Paling Kejam Dalam Sejarah
Takutnya baca hukuman mati paling kejam ni…
Kaedah hukuman mati yang diketahui di negara kita adalah hukuman gantung. Namun kaedah ini mungkin hanya menjadi alternatif di beberapa negara lain, termasuklah Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai kaedah lain. AS mula menggunakan kaedah ‘suntikan maut’ untuk menghukum pesalah yang dijatuhkan hukuman mati sejak tahun 1977. Manakala Texas pula menjadi negeri pertama di AS serta dunia yang menggunakan kaedah tersebut bagi menghukum Charles Brooks Jr yang didapati bersalah kerana membunuh pada 7 Disember 1982.

Image via:https://www.utusan.com.my/
Bagaimanapun, terkini kaedah tersebut tidak lagi menjadi pilihan untuk pihak berkuasa negara itu apabila pentadbiran Presiden Donald Trump ‘membuka jalan’ untuk memperkenalkan kaedah hukuman mati baharu terhadap pesalah. Menurut laporan, Jabatan Kehakiman AS secara senyap meminda protokol hukuman mati yang bakal menyaksikan pesalah dihukum mati menggunakan kaedah tembakan dan gas beracun.
Dalam pada itu, di AS terdapat sejumlah negeri yang bersetuju untuk melaksanakan hukuman mati menggunakan kaedah selain suntikan maut termasuk renjatan elektrik, menghidu gas nitrogen atau ditembak mati oleh pasukan penembak. Tapi itu mungkin belum cukup kejam lagi sebab ada kaedah hukuman mati yang lebih kejam berbanding yang dijalankan di AS. Jom tengok lima hukuman mati paling kejam dalam sejarah.
Brazen Bull
Hukuman mati yang diciptakan sejak zaman Yunani Purba ini juga dikenali dengan nama Sicilian Bull. Pada ketika itu, mereka yang didapati bersalah akan dimasukkan ke dalam patung lembu yang diperbuat daripada tembaga. Tapi bukan sekadar masukkan je, si pesalah juga akan ‘dipanggang’ hidup-hidup sampailah mati.

Image via:https://johndevore.medium.com/
Kaedah ini agak kejam kerana jeritan mereka yang dihukum boleh didengari dari luar patung lembu tersebut.
Sula
Hukuman menggunakan kaedah sulaan ini memaksa si pesalah untuk duduk di atas sebatang tiang yang tajam. Tiang tersebut kemudian dinaikkan di mana tubuh pesalah akan kekal di bawah disebabkan menampung berat badan sendiri. Hukuman ini dikatakan memakan masa selama tiga hari untuk mereka yang dihukum itu benar-benar mati.

Image via:https://ms.wikipedia.org/
Hukuman ini dikatakan pernah digunakan semasa zaman Uthmaniyah iaitu pada abad ke-15. Ia dikatakan digunakan oleh Vlad Tepes yang pernah melakukan hukuman ini terhadap 20,000 orang secara serentak! Vlad dikatakan sangat gemar dengan hukuman mati sehingga digelar ‘Vlad the Impaler’.
Iron Maiden

Image via:https://www.ancient-origins.net/
Ni bukan Iron Maiden yang kumpulan muzik rock tu ye. Hukuman ini adalah melalui kaedah menyiksa pesalah dengan memasukkannya ke dalam sebuah ‘keranda’ besi. Alat seksaan ini terdiri daripada kabinet besi dengan bahagian pintu yang tajam di hadapan. Mereka yang dimasukkan ke dalamnya tidak akan mampu bergerak disebabkan tertusuk dengan besi tajam dari pelbagai arah.
Tikus
Dengar macam pelik kenapa gunakan tikus untuk hukuman mati. Tapi ketahuilah bahawa ia merupakan satu jenis hukuman yang menyeksakan. Kaedah ini dicatatkan berlaku pada abad pertengahan. Cara pelaksanaannya adalah dengan si pesalah diikat terbaring dan diletakkan tikus hidup dalam sangkar berlubang di atasnya. Di bahagian atas sangkar tersebut terdapat satu bahagian yang digunakan untuk memanaskan sangkar.

Image via:https://www.quora.com/
Bila tikus tu terasa panas, maka mereka pun marah dan akan cuba melepaskan diri dengan menggigit tubuh mangsa serta merobeknya sehingga mati. Cukup kejam bukan?
Gergaji
Kaedah ini mungkin jelas cara penyeksaannya yang sememangnya dilihat kejam. Mangsa akan diikat pada kaki secara terbalik. Ia supaya darah turun ke kepala. Kemudian, si pesalah akan dipotong menggunakan gergaji tajam bermula di bahagian tengah tubuh sehinggalah perut dan dibiarkan meraung kesakitan sehingga mati. Mungkin tak perlu bayangkan penyiksaan yang diterima mangsa itu.

Image via:https://www.huffpost.com/
Tidak kira apa jua bentuk hukumannya, biarlah pihak yang lebih arif menentukan pelaksanaannya. Kita sebagai rakyat biasa pula, elakkanlah dari melakukan apa jua bentuk kesalahan yang kelak akan membuatkan kita menyesal.
Baca juga artikel menarik lain:
Geng Mamak – Rompak Jongkong Emas Bernilai Lebih RM12 Juta Dan Lesap Dalam Masa 20 Minit
Usaha Perangi Bakteria Bahaya Dengan Hasilkan Smartphone Boleh Cuci Guna Sabun
Sumber berita: Utusan Malaysia