Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Hipokrit! Kalau Selebriti Laju Nak Maki, Suruh Siasat..” – Tular Video Masyarakat Langgar SOP

Ada betul apa yang diluahkan oleh pengarah drama Nur, Budak Ijat ini. Masyarakat kita ni kalau artis buat masalah laju saja nak kecam dan suruh siasat, sedangkan mereka..

Published

on

Semalam, tular di media sosial Twitter mengenai desas-desus kerajaan bakal melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sehingga menjadi trending. Isu ini telah mengundang kekecewaan kepada rakyat Malaysia yang tidak bersetuju jika PKP 3.0 dilaksanakan. Baru-baru ini, pengarah terkenal drama bersiri Nur, Shahrulezad Mohameddin atau lebih mesra disapa Budak Ijat meluahkan rasa amarah dan geram terhadap segelintir rakyat Malaysia yang melampaui batas apabila mereka seakan ‘mengutuk’ selebriti tanah air tanpa mencerminkan diri sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

Difahamkan, Ijat meluahkan rasa terkilan di media sosial akibat daripada video segelintir rakyat Malaysia yang sanggup beratur dalam keadaan sesak semata-mata untuk memasuki bazaar Aidilfitri yang berlangsung di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Video yang tular itu bukan sahaja membuktikan rakyat kini mengabaikan Operasi Standard Prosedur (SOP), malah turut menunjukkan sikap rakyat kita yang sebenarnya sama ‘angkuh’ dengan segelintir selebriti tanah air yang melanggar SOP.

Baca juga: “Merokok Tak Takut Tapi Kena ‘Blood Clot’ Sebab Vaksin Takut Pula..” – Netizen Mempertikai Vaksin AstraZeneca

Kita ingat kita ni kebal ker? Kita tak terfikir ker disebabkan kedegilan kita selang dua minggu dari sekarang akan ada yg mati kerana Covid dari kita. Mungkin parents kita. Mungkin anak kita. Atau silap2 kita sendiri yg mati hanya kerana kemaruk nak berbazaar ramadan. Sia sia jer mati disebabkan kedegilan kita. Our ignorance.ujar Ijat.

Ada betul juga apa yang diperkatakan oleh Ijat ini. Masyarakat kini terlalu lantang bersuara memaki orang lain sehingga kadang kala menjadi ‘bongkak’ seolah-olah mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. Bak kata pepatah, 1 jari menunding terus kepada orang lain, 4 lagi jari menunding ke arah kita. Sampai bila kita nak terus menyalahkan orang lain, sedangkan diri kita sendiri pun membuat ‘onar’ sehingga sanggup menempah penyakit merbahaya.

Meninjau di ruangan komen posting tersebut, rakan-rakan selebriti dan pengikut Ijat turut menyokong sepenuhnya kenyataan Ijat itu. Rata-rata daripada mereka meluahkan perasan gusar dan kecewa dengan segelintir rakyat Malaysia yang seolah-olah tidak mempercayai kewujudan pandemik COVID-19 ini. Tidakkah mereka sedar mengenai jangkitan COVID-19 di India yang semakin lama semakin tidak terkawal?

Entah bila isu saling menyalahkan sesama kita ini akan berakhir. Hairan bagaimana mereka begitu berani untuk berada di tempat awam yang sesak dan sempit itu.. Sedihnya…bila kita semua boleh hidup seperti sedia kala..?

Baca juga: [VIDEO] “Dah Tak Kisah SOP Ke..?” – Netizen Persoalkan Salah & ‘Siapa’ Rakyat Langgar SOP

Penulis: Aqilah Paharuzi 

Sumber: Instagram

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement