Connect with us

Semasa & Hiburan

Hilang Tenaga 26 Jam Menanti, Ain Edruce Akui Terpaksa Guna Vakum Semasa Proses Bersalin

Ain Edruce akui hilang tenaga untuk meneran, terpaksa guna kaedah Vakum. Syukur, kesan vakum pada kepala anak pun sudah tiada.

Published

on

Lumrah menjadi seorang wanita, pasti akan berasa gementar tatkala menunggu masa untuk bersalin lebih-lebih lagi jika menanti cahaya mata pertama. Setiap wanita yang mengandung semestinya akan melalui pengalaman bersalin yang berbeza-beza dek kerana posisi bayi dalam kandungan ibu boleh berubah-ubah. Namun begitu, para ibu-ibu usah bimbang dengan keadaan bayi dalam kandung, ini kerana bidang kedoktoran kini semakin maju untuk memudahkan proses bersalin.

Terbaru, pengacara dan pelakon hebat Ain Edruce akhirnya mendedahkan wajah puteri sulung yang diberi nama Soraya binti Muhammad Amirul Hafiz. Menurut Ain, salah satu sebab mengapa nama Soraya menjadi pilihan hati mereka adalah kerana nama suaminya, Amirul sudah panjang. Difahamkan, maksud nama Soraya adalah cantik, wah sangat simple nama puteri Ain dan persis seperti ibunya yang tampak menyerlah dan semakin cantik walaupun baru sahaja bersalin 2 minggu lalu.

Baca juga: Selepas 14 Hari, Ain Edruce, Amirul Akhirnya Dedah Nama Dan Wajah Anak

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun YouTube miliknya, Ain menceritakan pengalaman bersalinnya yang berdepan dengan sedikit komplikasi sehingga terpaksa menggunakan kaedah vakum untuk menarik anak keluar. Difahamkan, Ain meneran selama lebih kurang 1 jam, namun posisi kepala anak Ain sedikit senget. Akui kehilangan tenaga, Ain meminta pertolongan doktor untuk menggunakan kaedah vakum sedikit untuk meluruskan kembali posisi kepala anaknya itu agar proses bersalin lebih mudah. Tambah Ain lagi, kesan vakum di kepala puteri sulungnya itu sudah pun hilang.

“Sejujurnya memang penat sebenarnya. Saya teran lebih kurang dalam satu jam lebih sehingga sudah tiada tenaga. 

“Saya ambil keputusan untuk meminta tolong doktor guna kaedah vakum sedikit untuk tarik kepala anak keluar.” ujar Ain dalam nada tenang. 

Menerjah di ruangan komen video tersebut, ramai dalam kalangan pengikut pasangan sejoli ini turut tumpang bahagia dengan kemunculan anak kecil dalam hidup mereka. Buat mereka yang telah lama mengikuti perkembangan Ain dan Amirul, sudah pasti berasa sedikit emosi apabila selebriti kesayangan mereka kini sudahpun bergelar ibu bapa. Rata-rata daripada mereka menyukai nama Soraya dan mendoakan agar puteri sulung mereka membesar dengan sihat.

Baca juga: “Lajunya Jalan, Beranak Ke Tak Tu..” – Gelagat Ain Edruce Yang Masih Aktif Selepas Bersalin Curi Tumpuan

Penulis: Aqilah Paharuzi 

Sumber: YouTube Ain Edruce 

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement