Connect with us

Semasa & Hiburan

Hebat, Netizen Berjaya ‘Bongkarkan’ Tempat Rahsia Nur Sajat Yang Kini Berada Di Villa Mewah Thailand?

Bukan biasa-biasa skill detektif netizen ni sehingga berjaya membongkarkan lokasi tempat rahsia keberadaan Nur Sajat

Published

on

Pada awal tahun ini, nama usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat diburu oleh pihak berkuasa kerana gagal menghadirkan diri ke sebutan semula kesnya dan dipercayai telah menghilangkan diri setelah waran tangkap dikeluarkan. Sehingga kini, terlalu banyak desas-desus yang mengatakan Sajat berada di negara jiran, Thailand. Namun, lokasi sebenar tempat rahsia Sajat ini masih belum dapat dikenal pasti pihak berkuasa meskipun Sajat aktif mengemaskini akaun media sosialnya.

Semenjak minggu lalu, Sajat gemar berkongsi foto-fotonya bersantai dan berbikini di akaun Instagram miliknya yang dia dikatakan ingin menikmati suasana bebas seperti air laut untuk mengejar impian. Tanpa dia sedari, kebebasan yang dimiliki Sajat itu akhirnya hanya mencengkam dirinya sendiri kerana telah membuka peluang kepada netizen untuk menyelidik dan membongkar lokasi ‘rahsia’ penginapan Sajat selama ini.

Menerusi sebuah posting di salah seorang pengguna Facebook ini, lokasi tempat penyembunyian Sajat itu secara kebetulan sama dengan tempat percutiannya sebelum ini membuatkan tempat ‘rahsia’ sebenar Sajat berjaya dibongkarkan. Dia dan rakannya menjadi ‘detektif’ hebat apabila berjaya mendapat lokasi sebenar keberadaan Sajat menerusi gambar-gambar ‘percutian’ yang dimuat naik oleh Sajat. Fuh, bukan biasa-biasa netizen ni soal siasat, boleh jadi pengganti ‘Detective Conan’.

Baca juga: “Sis! We Are Always Support You. Hidup Neelofa!” – Sajat Puji Pendirian Neelofa

Mereka memulakan pencarian Sajat dengan membandingkan gambar-gambar percutian Sajat dengan gambar yang dimiliki mereka. Hasil penyelidikan mendapati segala sofa, kolam renang, pokok bunga, dinding, dekorasi taman, alas pinggan dan kawasan sekitar pantainya itu semuanya seakan sama dengan lokasi percutian Sajat. Dek kerana itu maka terbongkar lah tempat rahsia Sajat yang kini dipercayai berada di Villa Maroc Resort Pranburi yang terletak di Hua Hin, Thailand.

Menyedari lokasi sebenar keberadaan dirinya sudah ‘kantoi’, menurut pengikutnya Sajat telah memuat naik sebuah video lama untuk mengelirukan pihak berkuasa. Ramai dalam kalangan pengikutnya yang meminta Sajat untuk pulang agar dapat selesaikan kes dengan baik.

Pada April lalu, menurut laporan Hairan Metro, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sedia maklum mengenai keberadaan Sajat yang berada di negara jiran namun tidak mendedahkan negara sebenar lokasi Sajat. Menurut Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, Jabatan Imigresen Malaysian (JIM) sudah berkongsi maklumat mengenai tempat rahsia Sajat namun memilih untuk tidak heboh kepada orang ramai kerana bimbang akan mengganggu proses siasatan.

Netizen mula mempersoalkan tentang bagaimana Sajat boleh ‘terlepas’ keluar dari Malaysia ke Thailand sama ada melalui jalan tikus ataupun menggunakan ‘tiket’ pakej pelancongan yang membenarkan pelancong asing masuk ke negara tersebut atas tujuan melancong dan perniagaan.

Untuk rekod, Sajat dikatakan didakwa atas perbuatan mengadakan majlis bacaan Yasin dan solat hajat pada 23 Februari 2018 di premis kecantikkanya, Nursajat Beauticion, namun Sajat mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan terhadap dirinya pada 6 Januari lalu.

Baca juga: “Sajat Tidak Melakukan Sebarang Jenayah” – Warganet Mahu Pihak Berkuasa Tumpu Isu Lebih Penting

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram Sajat, Facebook, Berita Harian, Harian Metro 

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement