Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Hang Tau Tak Aku Siapa?” – Kecoh Sekali Lagi, Tular Video Lan Pet Pet Bertumbuk Dengan Seorang Lelaki

Tular video Lan Pet Pet bertumbuk dengan seorang lelaki di tepi jalan…

Published

on

Siapa je tak kenal dengan pelawak popular tanah air yang terkenal dengan nama Lan Pet Pet. Lawaknya yang bersahaja dan bakat unik mengeluarkan bunyi trompet sering menghiburkan kita semua. Bagaimanapun, semalam tular satu video yang kurang enak memaparkan pelawak tersebut memukul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan.

Video yang tular itu menarik perhatian wargamaya dan terus menjadi bualan mulut ramai. Menerusi video yang dirakam pengguna jalan raya itu, pelawak dan pelakon dari kumpulan Senario itu dilihat merangkul leher lelaki terbabit dan memukul kepalanya. Dalam video tersebut dapat juga dilihat bagaimana Lan cuba ditenangkan oleh tiga lelaki lain daripada dia terus memukul lelaki berkenaan. 

Baca juga: “Ada Surat Kebenaran Tak Buat Content Macam Ni?” – Video Hafiz Mahamad Guna Anggota Dan Kereta Polis Dipersoal

Kejadian itu dilihat berlaku di tepi jalan raya, namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian. 

“Hang duduk Tropicana nak tunjuk samseng kat aku. Hang tau dak aku sapa?,” itulah ayat yang diungkapkan Lan semasa pergaduhan tersebut meletus. 

Sebelum ini, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 51, pernah mencetuskan insiden yang lebih kurang sama apabila dia bertindak memukul seorang pengawal keselamatan, Yahya Manap atau Pak Ya, 71, pada 6 April 2019.

Bagi kes tersebut, dia didenda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban pada 15 April 2019 selepas mengaku bersalah terhadap perbuatan yang dilakukan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan. Dia turut tampil meminta maaf kepada pengawal keselamatan yang dipukulnya ketika itu. 

Baca juga: “Cukup! Saya Tidak Boleh Bersabar…” – Guru Berang Kumpulan NGO Lancar Kempen Mogok Tinggalkan Sekolah

Sumber berita: Harian Metro

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement