Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Halau Rumah Cara Halus Ke?” Warganet Terhibur Video Mak Tolong Lipatkan Baju Anak Nak Lari Rumah

Apa yang lebih menghiburkan adalah dialek orang Bota iaitu dari negeri Perak yang digunakan dua beranak ini sangat menarik.

Published

on

Sudah lumrah menjadi seorang ibu bapa untuk sentiasa menyokong segala yang dilakukan oleh anak-anak walaupun ada kalanya keputusan yang dilakukan mereka mungkin kelihatan drastik. Kini, ibu bapa jadi lebih terbuka dalam cara pendekatan anak-anak disebabkan peralihan zaman teknologi dan cara terbuka ini mungkin membuatkan anak-anak lebih selesa untuk bercerita dengan ibu bapa.

Satu perkongsian daripada sebuah rantaian televisyen telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata terhibur melihat si ibu membantu anaknya yang mahu lari rumah dengan tolong lipatkan baju-baju yang mahu dibawa anaknya itu. Difahamkan si anak mahu ‘membawa diri’ kerana mahu membuktikan kepada bapanya bahawa dia mampu berdiri tanpa bantuan sesiapa. Apa yang lebih menghiburkan adalah dialek orang Bota iaitu dari negeri Perak yang digunakan dua beranak ini sangat menarik.

@radiotelevisyenmalaysiaTajuknye HERI BOTA. Kome tengok ler kat RTM Klik. Link kat bio teman.. ##fyp ##fypシ ##rtm75 ##foryou ##rtmklik ##explore ##drama ##fypgakni ##malaydrama♬ original sound – RTM Malaysia Official

Drama ini dilakonkan oleh pelakon hebat Delimawati, Aedy Ashraf dan beberapa pelakon lain.  Ada warganet yang memberikan komen bahawa lakonan Delimawati tidak pernah mengecewakan sehinggakan ada yang menyatakan Delimawati boleh di angkat sebagai duta rasmi negeri Perak. Cara lakonan Delimawati yang bersahajanya menjawab pertanyaan anaknya kenapa lipat baju yang mahu dibawa lari itu begitu menghiburkan.

Mak lipat aje.. bekedut..

Rata-rata memuji drama seperti ini sangat bagus dan mungkin industri di Malaysia seharusnya cuba memperbanyakkan lagi drama kekeluargaan seperti inDei. Ada juga warganet memberi komen menyatakan dirinya sudah berulang kali melihat drama ini sehinggakan sudah hafal skrip mereka dan sempat juga menyatakan dirinya bangga menjadi anak Perak.

Baca artikel berkaitan:

[VIDEO] “Kejap Utara, Kejap Pantai Timur” – Loghat Abang Polis Curi Perhatian, Buat Ramai Keliru

Baca artikel menarik yang lain:

[VIDEO] Pramugari Ini Buat ‘Announcement’ Dalam Dialek Kelantan Curi Perhatian Netizen 

Sumber: TikTok

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement