Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Guilia Tofana – Kisah Wanita Yang Meracuni 600 Lelaki

Tapi kesian juga dekat wanita zaman dahulu diperlakukan sedemikian…

Published

on

Kes pembunuhan ini bukanlah satu kes yang biasa. Bagaimana seorang wanita berjaya meracuni dan membunuh seramai 600 lelaki dalam tempoh 20 tahun. Sememangnya ia lagi dasyat daripada kes-kes pembunuhan moden yang lain sebab tidak ada siapa yang dapat menjangkakan kesemua lelaki yang mati itu mati akibat racun yang dihasilkan oleh seorang wanita. Inilah kisah seorang wanita bernama Guilia Tofana, seorang pembuat racun profesional pada abad ke-17 yang menjual ramuan racunnya itu kepada isteri-isteri yang ingin membunuh suami mereka.

Kerana Wanita Banyak Dizalimi…

Kisah ini berlaku di Itali semasa abad ke-17. Bila fikir semula macam pelik kenapa ramai wanita-wanita pada waktu itu berniat nak membunuh suami masing-masing. Jadi untuk memahami kenapa mereka semua berniat seperti itu, kita lihat semula bagaimana suasana sosial di Itali pada ketika itu. Pada abad ke-17, wanita dijadikan seperti objek dan sering dilelongkan sebagai satu ‘objek’ yang tidak disukai. Jika berada di dalam perkahwinan pula, mereka akan kerap didera.

Wanita-wanita pada zaman tu juga tidak mempunyai kekayaan atau status sosial yang tinggi. Jadi mereka cuma ada tiga pilihan sahaja untuk meneruskan hidup iaitu; berkahwin, atau kekal bujang dan menjadi pekerja seks untuk kelangsungan hidup, atau menjadi janda yang kaya dan dihormati. Bagi kebanyakan wanita, pilihan ketiga nampak lebih baik berbanding yang lain, dan ini bermakna mereka perlu berkahwin dahulu dan memastikan suami mereka mati. Jadi boleh dikira beruntung buat wanita-wanita pada abad ke-17 itu kerana dunia jenayah magikal ‘underworld‘ sedang berkembang dan mampu menyediakan ‘perkhidmatan’ membunuh sang suami.

Dunia Jenayah Magikal ‘Underworld

Komuniti ‘underworld‘ ini boleh dijumpai di bandar-bandar besar Eropah dan mereka terdiri daripada ahli kimia, apothecaries, dan juga pakar ilmu hitam. Pakar-pakar ini turut menyelesaikan masalah yang tidak boleh diselesaikan oleh doktor atau paderi pada masa itu, seperti pengguguran bayi. Jadi bukan setakat Guilia Tofana je yang mampu menyediakan ‘khidmat’ jenayah, tapi ramai lagi yang terlibat dengan dunia gelap ‘underworldtu. Tapi antara yang terbaik dalam perkhidmatan bunuh tanpa dikesan adalah Guilia Tofana.

Bagaimana Racun Tersebut Mula Dihasilkan?

Walaupun banyak yang kita tak tahu tentang Guilia Tofana dan latar belakangnya, dipercayai bahawa dia dilahirkan sekitar tahun 1620 di Palermo, Sicily. Ibunya adalah Thofania d’Amado, dikatakan mempunyai sejarah gelapnya sendiri dan pada tahun 1633, ibunya dihukum mati kerana membunuh suaminya, ayah kepada Tofana. Senjata yang digunakan juga adalah racun.

Selepas berkahwin, Tofana menjadi janda dan berpindah bersama anak perempuannya bernama Girolama Spara, ke Naples dan kemudian Rom. Mengikuti jejak ibunya, Tofana didakwa mula menjual ramuannya sendiri. Mungkin perasaan dendamnya terhadap lelaki mendorongnya untuk menghasilkan racun paling berkuasa pada zaman itu.

Dengan bantuan anak perempuannya dan sekumpulan wanita yang boleh dipercayainya, Tofana membina reputasinya sebagai tempat wanita yang menghadapi masalah mendapatkan khidmatnya. Seorang paderi juga telah diambil untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian jenayah mereka. Dipercayai paderi tersebutlah yang membekalkan arsenik untuk digunakan Tofana sebagai bahan dalam racunnya. Kemudian racun-racun tersebut akan diletakkan di dalam botol kosmetik untuk pelanggan mereka. Ia merupakan satu percaturan yang bijak. Sekiranya ada yang curiga dengan perniagaannya yang berkembang pesat itu, Tofana cuma perlu menunjukkan botol ‘Aqua Tofana’ sebagai bahan kosmetik yang dijual kepada pelanggannya.

Walaupun nampak seperti cecair biasa, ‘Aqua Tofana’ mampu menjadi pembunuh senyap. Ramuannya yang tidak berwarna dan tidak berbau itu boleh membunuh seorang lelaki dengan hanya empat hingga enam titisan sahaja. Apa yang membuatkan racun itu didambakan oleh isteri yang ingin membunuh suami mereka adalah bagaimana selepas mati pun ia tidak dapat dikesan dan dilihat seperti mati kerana penyakit lain.

Kantoi Kerana Semangkuk Sup

Jika tidak kerana seorang pelanggannya ini, tentu sampai sekarang jenayah Tofana ini tidak dapat dikesan. Seorang wanita yang berniat ingin membunuh suaminya itu telah mendapatkan ‘Aqua Tofana’ dan meletakkannya di dalam mangkuk sup yang dihidangkan kepada suaminya. Tapi belum sempat suaminya nak hirup sup tu, wanita tersebut ubah fikirannya dan merayu kepada suaminya untuk tidak makan sup tersebut. Suaminya mula curiga dan meminta isterinya memberitahu hal sebenar. Selepas didera, akhirnya isterinya memberitahu bahawa dia telah meletakkan racun yang dibelinya dari Guilia Tofana.

Guilia Tofana sempat melarikan diri sebelum ditangkap oleh pihak polis. Akhirnya dia membuat pengakuan bahawa dia bertanggungjawab menjual dan menyediakan racun ke atas 600 kes kematian dari tahun 1633 sehingga 1651. Berita ini telah menjadikan Guilia Tofana sebagai pembunuh paling dasyat dalam sejarah.

Tofana dihukum mati di Campo de’ Fiori di Rom pada tahun 1659 bersama anak perempuannya dan tiga pembantunya. Lebih daripada 40 pelanggan kelas bawahan turut dihukum dan pelanggan kelas atasan dipenjarakan. Ada juga yang terlepas daripada sebarang hukuman dengan alasan tidak mengetahui bahawa ‘Aqua Tofana’ adalah racun.

Baca juga artikel menarik lain:

James Bulger – Tragedi Pembunuhan Anak Kecil Yang Dilakukan Kanak-Kanak Berusia 10 Tahun!

‘Yang Jahat Pasti Menemui Ajal’ – Pembunuh Bersiri Yang Membunuh 47 Penjenayah Lain Dalam Penjara

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement