Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Ghomar Menjobo Diri..!” Dato Hattan Luah Kecewa Isu Selebriti Rentas Negeri

Menurut Dato Hatta, beliau menyatakan sebelum ini ramai yang menyalahkan pihak polis kerana memberi kebenaran namun punca sebenar ia berlaku adalah sikap sesetengah individu yang menyatakan dirinya instafamous dan selebriti. 

Published

on

Baru-baru ini tular isu instafamous dan beberapa selebriti dilihat rentas negeri atas urusan kerja namun seakan pergi bersiar-siar di sana. Ekoran itu, banyak pihak pertikaikan urusan sebenar mereka di sana kerana alasan dan perbuatan yang dilakukan sepanjang rentas negeri seperti tidak berkaitan. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan pemeriksaan ketat di setiap sekatan jalan raya bagi memastikan tiada individu cuba merentas negeri balik ke kampung bagi menyambut awal Ramadan bermula minggu depan.

Satu perkongsian gambar yang menyatakan disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah individu yang mengambil ringan isu rentas negeri, pihak polis mengetatkan peraturan rentas negeri dan meminta sesiapa yang mahu merentas negeri harus menyenaraikan aktiviti yang akan dilakukan sepanjang berada di negeri tersebut.

Dato Hattan, seorang selebriti tempatan yang dihormati telah menyuarakan pendapatnya juga tentang isu ini di mana beliau luahkan perasaan tidak puas hati dengan tindakan tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan ke atas kelebihan yang diberikan kerajaan. Menurut Dato Hatta, beliau menyatakan sebelum ini ramai yang menyalahkan pihak polis kerana memberi kebenaran namun punca sebenar ia berlaku adalah sikap sesetengah individu yang menyatakan dirinya instafamous dan selebriti.

Tambah Dato Hatta, jika diberikan kebenaran untuk rentas negeri haruslah peka dengan sensitiviti umum dan janganlah memuat naik apa-apa perkongsian yang boleh mengundang spekulasi yang boleh timbul daripada tindakan tersebut. Selain itu, beliau juga jelaskan sikap gemar menunjuk-nunjuk juga satu sikap yang tidak bertanggungjawab malah tidak memikirkan kesan selepas tindakan memuat naik sesuatu yang mungkin boleh memudaratkan diri sendiri.

Tegas Dato Hattan, fikirlah secara waras dahulu sebelum lakukan sesuatu tindakan yang buruk. Beliau kemudian menyatakan memandangkan bulan Ramadan dan raya semakin hampir, kesihankanlah mereka mematuhi arahan kerajaan dan patuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan harapan diberi peluang pulang ke kampung. Tindakan tidak bertanggungjawab itu mungkin mengakibatkan semua orang tidak boleh merentas negeri untuk sambut puasa dan raya bersama keluar.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan luahan dan pendapat Dato Hattan. Jika kita mahu hentikan pendemik COvid-19, kita haruslah bersama-sama patuhi SOP tikda kira anda warga marhaen ataupun warga kayangan.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Kerana Warga Kayangan..” Kawalan Ketat Rentas Negeri Awal Ramadan Dilaksanakan

“Purdah Tak Mampu Menutup Sifat Seakan Sombong Dan Angkuh” – Warganet Kecewa Terhadap Kenyataan Neelofa

Sumber: Instagram Dato Hattan

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement