Semasa & Hiburan
Gelagat Wawa Zainal Berbungkus Plastik Sampah Masuk Bilik Aeril Jadi Perhatian!
Boleh dikatakan kreatif ya!
Peminat baru sahaja mendapat berita bahawa pelakon Aeril Zafrel bersama pengurusnya disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.
Katanya dia mungkin dijangkiti virus itu ketika menghantar pengurusnya yang mengalami demam panas ke klinik, Isnin lalu.
Sekarang, saya menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Saya berada di tingkat atas dan tidak keluar bilik. Saya juga sudah menyerahkan maklumat diri,”katanya.
Yelah, bila kuarantin di rumah ni semua ahli keluarga kena main peranan dan bekerjasama. Gelagat isterinya, Wawa Zainal yang memasuki bilik kuarantin Aeril sungguh melucukan.
Wawa dilihat membalut dirinya dengan plastik hitam dipercayai plastik sampah dan berkaca mata untuk melindungi dirinya ketika memasuki bilik Aeril. Boleh dikatakan kreatif ya! Yelah, kita guna apa yang ada janji dapat menghindar diri dari terkena jangkitan wabak.
Bukan apa, Wawa perlu menguruskan anak-anaknya jadi dia perlu memastikan dirinya tidak terkena jangkitan.
View this post on Instagram
Menurut Aeril, dia juga sering membuat swab test dan terbaru adalah swab test keempatnya sebelum disahkan positif. Ini kerana dia risau keselamatan anak-anak yang masih kecil dan orang sekeliling.
Baca juga:
12 Langkah Bila Diminta Kuarantin Di Rumah
Ustaz Ebit Lew Beli 100 Tab Hadiahkan Pada Pelajar Memerlukan Kelas Online
Sumber: Instagram