Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Forum Atas Talian Ini Didakwa Jadikan Kemurungan Dan Bunuh Diri Sebagai Bahan Gurauan

Warganet memang tak puas hati sebab forum ini jadikan ‘kemurungan’ dan ‘bunuh diri’ sebagai gurauan…

Published

on

Kebiasaan kita jika menghadiri sesuatu forum pasti inginkan maklumat-maklumat baharu yang boleh membina atau membawa perubahan kepada diri kita. Jika kita mempunyai masalah rumah tangga, kita akan mencari forum-forum yang membincangkan tentang masalah rumah tangga dengan harapan dapat menemukan jawapan yang dicari. Tambahan lagi, zaman sekarang dah semakin canggih, banyak forum yang dianjurkan secara atas talian sahaja. Tak perlu keluar rumah untuk menghadiri forum-forum ini.

Setiap forum yang dianjurkan pula pastinya berniat baik untuk berkongsi maklumat-maklumat yang berguna buat penonton, dengan jemputan panel-panel yang pakar dalam bidang masing-masing. Bagaimanapun, terbaharu, tular sebuah forum yang dianjurkan dengan membawa topik ‘Kemurungan Dan Bunuh Diri Semasa PKP: Apa Solusi Islam?’. 

Pasti ramai yang sedar betapa sensitifnya topik yang menyentuh tentang kesihatan mental ini. Namun, sensitiviti itu digambarkan oleh warganet seperti tidak dihiraukan semasa forum tersebut berlangsung. Ramai yang menyelar kenyataan moderator forum tersebut tentang kemurungan yang boleh membawa kepada ‘gila’. 

Selain itu, gurauan tentang ‘kemurungan’ dan ‘bunuh diri’ juga dengan bersahaja dilontarkan sambil diikuti gelak tawa.  Tidak sensitif dan tak profesional, itulah yang dinyatakan oleh warganet. 

Tapi apa-apa pun, tidak boleh juga pukul rata bahawa seluruh kandungan forum tersebut adalah tidak bermanfaat. Perkongsian daripada panel yang pakar dalam bidang tentu dapat dimanfaatkan. Ada juga yang menonton forum penuhnya menyatakan perkongsian topik yang menarik. Cuma mungkin kekhilafan dalam melontarkan kenyataan yang kurang sensitif itu sahaja yang membuatkan warganet kurang berpuas hati. 

 

Baca juga artikel menarik:

Dua Kanak-Kanak Mati Lemas Sedang Ibu Leka Berkaraoke

Kerana Cemburu Dengan Markah Cemerlang, Tiga Remaja Sanggup Racun Rakan Sekelas Sehingga Maut

 

 

 

Sumber daripada: Twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement