Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Filem Singapura Yang Diharamkan Lebih 30 Tahun

Ada sebab kenapa ia diharamkan pada waktu dulu…

Published

on

Filem yang ganas, sensitif dan mengandungi unsur-unsur seks melampau biasanya memang akan dipotong atau pun tidak melepasi tapisan untuk ditayangkan. Kira filem tu akan diharamkanlah daripada ditayangkan secara umum. Walaupun diharamkan di negara kita, tapi ada je yang berjaya tonton filem-filem tu semua. Di Singapura pula, ada satu filem ni yang dikeluarkan pada tahun 1973 tetapi dihalang dari ditayangkan. Jadi filem tersebut telah diharamkan selama 32 tahun sebelum akhirnya ditayangkan kepada umum.

Kenapa Filem Ini Diharamkan?

Filem yang berjudul ‘Ring of Fury’ tu merupakan sebuah filem hasil arahan James Sebastian dan Tony Yeow, dan lokanan Peter Chong. Mengikut carian di IMDB, nama pengarah James Sebastian ni cuma mengarahkan satu filem je, iaitu filem ‘Ring of Fury’ tu sendiri. Kini beliau tinggal di Australia. Manakala pelakon utama filem tersebut, Peter Chong sebenarnya bukanlah seorang pelakon profesional. Anak kelahiran Singapura itu merupakan seorang guru seni bela diri Karate di sana semasa dia dilamar oleh James Sebastian dan Tony Yeow untuk membintangi filem tersebut.

Filem ‘Ring of Fury’ sebenarnya terinspirasi daripada kegilaan KungFu yang dicetuskan oleh Bruce Lee sekitar tahun 1970-an. Filem ini merupakan filem pertama Singapura yang mempamerkan seni mempertahankan diri. Ia mengisahkan tentang seorang penjual mi yang belajar KungFu untuk membalas dendam bagi pihak keluarganya dan melawan sekumpulan samseng.

Dengan tidak menggunakan sebarang special effects (sebab tak ada bajet katanya), adegan bergaduh yang tidak diskripkan, dan adegan gaduh yang berpanjangan, filem itu menjadi filem yang memaparkan aksi-aksi yang asli daripada seorang guru Karate dan beberapa pelakon aksi yang lain. 

 

Filem ‘Ring of Fury’ diharamkan di Singapura kerana mengandungi unsur-unsur gangsterisme yang ganas ketika Singapura sedang secara agresif membersihkan imej nasional negara pada waktu itu. Menurut Peter Chong, filem itu diharamkan kerana ia mengambarkan keadaan sebenar di Singapura sekitar tahun 1960-an yang dipenuhi dengan kumpulan samseng. Pada ketika itu kumpulan-kumpulan samseng banyak menjalankan aktiviti pemerasan dan meminta duit dari gerai-gerai tepi jalan sebagai bayaran pelindungan. Selepas 32 diharamkan dari tontonan umum, akhirnya pada tahun 2005 filem tersebut membuat kemunculan pertama dan dapat dipertontonkan oleh orang awam (rakyat Singapura terutamanya) semasa Festival Filem Antarabangsa Singapura.

Boleh Tonton Di Youtube

Dikatakan Peter Chong telah menyimpan satu-satunya salinan kepada filem tersebut selama bertahun-tahun, sebelum ia diserahkan kepada Asian Film Archive (AFA) pada tahun 2017 untuk dipulihkan. Kini filem tersebut boleh ditonton dengan mudah di Youtube

Baca juga artikel menarik lain:

Mick ‘Crocodile Dundee’ Pemburu Buaya Sebenar

Asal Usul Tradisi ‘Pindah’ Rumah Di Nusantara Sehingga Ke Amerika Syarikat!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement