Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Filem ‘Jaws’ Dikatakan Diinspirasikan Daripada Tragedi Sebenar Yang Menyeramkan!

Tapi pantai Malaysia selamat rasanya tak ada ikan jerung…

Published

on

Kadang-kadang bila kita tengok movie, kita ingatkan kisah dalam tu hanyalah rekaan semata-mata. Samalah seperti filem ‘Jaws’ yang telah menukar persepsi orang awam terhadap ikan jerung, dan membuatkan orang ramai takut untuk turun ke laut. Memang segala yang diceritakan dalam filem ‘Jaws’ itu adalah rekaan semata-mata, tetapi filem itu sebenarnya diilhamkan daripada kejadian sebenar. Tragedi ‘The Jersey Shore Shark Attack’ pada tahun 1916 berlaku dengan sangat tidak diduga, dan sangat ganas. Ikan jerung yang digelar ‘Matawan man-eater’ itu dikatakan telah membunuh sekurang-kurangnya tiga orang mangsa.

 

Sebelum filem Jaws dikeluarkan, sebenarnya orang ramai yang mengetahui berita tragedi tu dah mula takut nak ke laut sebab risau dibaham ikan jerung. Bila filem Jaws keluar, maka bertambah takutlah orang dengan ikan jerung. Bagaimanapun, filem Jaws (1975) tu tiada kena mengena dengan tragedi yang berlaku tahun 1916 tu. Cuma terhasilnya filem itu adalah inspirasi daripada kejadian ‘The Jersey Shore Shark Attack.’

Dibunuh Dengan Ganas Oleh Ikan Jerung!

Kalau nak tahu, serangan ikan jerung putih (great white shark) bukanlah sesuatu yang biasa berlaku di Amerika Syarikat. Malahan, orang awam lebih mudah terbunuh akibat serangan lebah berbanding serangan ikan jerung. Tambahan lagi, kebanyakan serangan ikan jerung tidak membawa kepada kematian. Oleh itu, apa yang dilihat dalam filem Jaws bukanlah sesuatu yang biasa berlaku dalam serangan ikan jerung. 

Tragedi serangan ikan jerung ini berlaku di pantai New Jersey berdekatan resort Beach Haven pada bulan Julai tahun 1916. Mangsa pertama, Charles Vansant berumur 25 tahun dikatakan sedang bercuti bersama keluarganya di situ. Semasa dia sedang berenang di laut seorang diri, tiba-tiba orang yang berada berhampiran dengannya di tepi pantai terdengar jeritannya. Bunyi jeritan seseorang yang dalam kesakitan dan meminta pertolongan, tetapi orang-orang di situ tak nampak pun ada ikan jerung yang sedang menyerangnya. 

Bila sampai masa orang berjaya selamatkannya daripada dalam air laut tu, dikatakan kakinya telah pun dibaham oleh ikan jerung. Ketika Vansant ditarik keluar daripada air, ada saksi yang nampak bayang ikan jerung tersebut mengekorinya. malangnya , Charles Vansant tidak dapat diselamatkan kerana kehilangan darah yang banyak. 

Selepas tragedi itu, ikan jerung tersebut dilaporkan tidak duduk diam dan terus melakukan serangan terhadap lebih kurang lima orang lagi. Dalam kesemua serangan tersebut, hanya satu mangsa sahaja yang berjaya selamat daripada serangan ikan jerung itu. Tapi kaki mangsa tersebut telah pun hilang dibaham ikan jerung. Selepas daripada itu, serangan ikan jerung pun terhenti. Mungkin ikan jerung tu berpindah ke tempat lain pula untuk mencari ‘makanan’ seterusnya. 

Tak Cukup Serangan Di Laut…

Apa yang mengejutkan lagi, ikan jerung ni bukan sekadar mencari mangsa di laut, tetapi di perairan sungai juga. Selepas mendapatkan mangsanya di laut, dikatakan ikan jerung ‘Matawan man-eater’turut kelihatan di anak sungai. Pada 13 Julai 1916, seorang  budak lelaki bernama Lester Stillwell telah diserang oleh ikan jerung tersebut semasa sedang berenang di anak sungai itu. Ikan jerung tersebut menyerang kanak-kanak itu sehingga mati. Sangat tragis!

Disebabkan oleh serangan ikan jerung itu, sampai Presiden Woodrow Wilson, Presiden Amerika Syarikat masa itu, membincangkan perkara ini di dalam kabinet. Akhirnya pihak berkuasa memutuskan untuk mewartakan larangan berenang di kawasan yang disyaki ada ikan jerung ini. Arahan untuk menangkap ikan jerung ‘Matawan man-eater’ juga turut dikeluarkan. 

‘Matawan Man-Eater’ Berjaya Diburu

Akhirnya, ikan jerung tersebut berjaya ditangkap oleh seorang nelayan bernama Michael Slicer, dan dikatakan ikan jerung tersebut bersaiz hampir sembilan kaki. Apa yang ditemui di dalam perut ikan jerung tersebut amat mengejutkan. Dikatakan terdapat hampir 7 kilogram daging manusia di dalamnya, termasuk lah tulang-tulang mangsa yang telah terbunuh. Disebabkan tragedi ini, ramai orang yang takut untuk ke pantai ketika itu, dan filem Jaws tentu sekali menambahkan ketakutan orang ramai di seluruh dunia untuk mandi pantai. 

Sumber daripada: Ranker

Baca juga artikel menarik lain:

Rindu Nak Melancong? Ini 6 Lokasi Paling ‘Rare’ Untuk Kaki Travel!

Guilia Tofana – Kisah Wanita Yang Meracuni 600 Lelaki

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement