Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Fazura Selamat Lahirkan Puteri Sulung

Tahniah kami ucapkan. Tak sabar nak tunggu habis tujuh hari!

Published

on

Pasangan bahagia pelakon Fazura dan Fattah Amin terkenal dengan gelaran pasangan selebriti yang sweet kerana sering dilihat berkongsikan gambar romantis mereka di laman sosial. Sampaikan ramai peminatnya tidak sabar menunggu cahaya mata pertama mereka.

Malah, Fattah juga turut meluahkan rasa syukur dan gembiranya melalui lagu barunya, Kiriman Agung yang dikhaskan buat anak sulungnya.

Kini, berita yang ditunggu oleh peminat, Fazura telah pun selamat melahirkan puteri sulung mereka. Berita gembira ini dikongsi menerusi laman Instagram masing-masing.

View this post on Instagram

Fortunate is a woman whose first child is a daughter – Prophet Muhammad SAW Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020. Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga. Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah. Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga. Dearest everyone. We are delighted to announce the birth of our first bundle of joy on this blessed Friday, 14 Safar 1442 and 2nd October 2020. She is a healthy babygirl bringing with her so much love and happiness into our lives. Please allow us to keep our precious baby’s name and face a secret until after seven days from today, following the sunnah of our beloved Prophet Muhammad (PBUH). In shaa Allah. We are truly grateful for your continuous love and prayers from the very beginning until Fazura’s safe delivery. Lots of Love from the three of us. @fattzuralovelife 💙

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

 Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020. Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.

Salam sayang dari kami bertiga.

Dalam posting tersebut, Fattah turut mengatakan mereka akan merahsiakan wajah serta nama anak mereka sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW.

Apa pun tahniah kami ucapkan. Tak sabar nak tunggu habis tujuh hari!

 

 

 

 

 

Sumber: instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement