Connect with us

Semasa & Hiburan

Farhanna Qismina “Sweet” Disahkan Positif Covid-19

Diambil dari perkongsian akaun Instagram milik Farhana Qismina atau lebih dikenali sebagai “Sweet”, dia disahkan positif Covid-19 dan pengesahan itu dilakukan di Columbia Hospital Taiping yang bertempat di  Perak. 

Published

on

Kadar kes Covid-19 di Malaysia masih mempunyai jumlah yang tinggi. Walaupun statistik menunjukkan kadar kes sembuh agak tinggi, tetapi ia masih tidak mencapai kadar yang diperlukan untuk kerajaan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagaimana yang dimahukan oleh semua.

Diambil dari perkongsian akaun Instagram milik Farhana Qismina atau lebih dikenali sebagai “Sweet”, dia disahkan positif Covid-19 dan pengesahan itu dilakukan di Columbia Hospital Taiping yang bertempat di  Perak.

Baca juga: “Jangan Tangkap Pelakon Sahaja” – Adibah Noor Bersuara Tentang Isu Iklan Judi Menggunakan Pelakon Melayu Yang Mungkin Ditipu

Dia dikatakan mula berasa tidak sihat pada 16 April setelah berada di Kuala Kangsar sejak 15 April atas tujuan penggambaran filem bertajuk Tariandi. Selepas 3 hari berturut-turut mengambil ubat, dia masih berasa tidak sihat dan simptom-simptom yang lain telah mula terasa.

Menyedari keadaan itu, di mana dia mula hilang deria rasa dan pemeriksaan calitan (swabtest) RTK terus dijalankan oleh Columbia Hospital Taiping. Setelah keputusan positif diperolehi, Sweet dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dikuarantin dan ujian saringan PCR. Seterusnya, Sweet dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh untuk pemantauan lanjut.

Menurut kenyataan media, Sweet dikatakan dalam keadaan yang tidak memudaratkan walaupun deria rasa dan deria baunya masih tidak pulih. Beliau juga dikatakan tidak mempunyai sebarang komplikasi dan dirinya masih dalam keadaan yang baik.

Sweet juga berterima kasih kepada pihak hospital yang menjaga dan memberinya rawatan. Menerusi ruangan komen, ramai rakan-rakan artis dan netizen yang mendoakan supaya dia sembuh dengan segera.

Kami doakan agar Sweet dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Baca juga: “Bukan Semua Ada Gaji Dan Elaun ..” – Syed Saddiq Bidas Kenyataan Akmal Isu Pelajar Matrik Dikompaun

Sumber: Sweet Qismina

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement