Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Erra Fazira Barbie Malaysia? – Kekal Awet Muda, Segak Bergaya dan Stylo

Biar betul Erra Fazira 47 tahun, macam adik beradik dengan Aleesya…

Published

on

Wow! Pengacara dan pelakon terkenal ini kekal cantik dan menawan seperti zaman muda remaja walaupun di usia 47 tahun. Siapa lagi kalau bukan Primadona Malaysia kita, Erra Fazira yang tampak segak bergaya dengan meragakan fesyen-fesyen terkini.

Rata-rata anak muda pada era ini memandang Erra sebagai ikon fesyen wanita Malaysia yang sentiasa gah namun masih berpakaian sopan dan menawan. Pakaian dan fesyen Erra amat setanding dengan trend masa kini yang sangat stylo, elegan dan menjadi tarikan utama pengikutnya di akaun Instagram. Bila diri sebelah Aleesya, tak nampak macam seorang ibu pun, malah mereka nampak seperti adik dan kakak.

Terbaharu, Erra telah memuat naik gambar memakai oversized stylo jaket bercorak polkadot berwarna pink purple beserta hashtag #styledbybu. Menerusi gambar ini, Erra mendapat pujian bukan saja daripada peminatnya, malah rakan-rakan artis turut memuji kecantikkan Erra yang luar biasa.

Tak semua orang sesuai dan pandai untuk mengayakan fesyen terkini namun tidak bagi Erra dan selebriti terkenal, Rozita Che Wan, 49 tahun yang tak ditelan usia. Setiap kali mereka memuat naik gambar ootd di akaun Instagram mereka, semua pengikut terpesona melihatnya.

Aktres anggun tanah air Datin Seri Maria Farida menyambut kelahirannya yang ke-52 tahun pada 28 Mac lalu yang memuat naik video TikTok di akaun Instagramnya. Walaupun telah berusia, namun perwatakan dan gayanya saling tidak tumpah seperti remaja 20-an. Agak-agak, apakah rahsia beliau dalam menjaga penampilan diri sehingga terserlah kejelitaannya.

Orang kata, age is just a number! Hiks! Makin berusia tidak semestinya tak boleh bergaya. Ha, siapa lagi artis kegemaran yang menjadi ikon fesyen anda  pada masa kini?

Penulis: Aqilah Paharuzi

Baca juga artikel menarik lain:

“Dia Tak Tegur Noh Begitu Begini” – Penghijrahan Mizz Nina Banyak Pengaruhi Noh Salleh Untuk Turut Berubah

“Kita Pun Boleh Jadi World Class” – Pertama Kali Jadi Muka Hadapan Majalah Vogue, Yuna Kongsi Kisah Di Hollywood

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement