Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Edmund Kemper – Pembunuh Bersiri Yang Kisahnya Terlalu Kejam Untuk Diterima Akal!

Cara dia membunuh tak masuk akal!

Published

on

Pembunuh bersiri ini dikatakan melakukan pembunuhan kejam sampaikan siapa yang membacanya seakan tak percaya apa yang dilakukannya itu. Edmund Kemper merupakan nama yang menggerunkan buat mereka yang membesar pada tahun 1970-an, terutamanya yang tinggal di California. Dia sememangnya dikenali sebagai pembunuh yang menakutkan, dan seperti pembunuh bersiri yang lain, dorongan untuk dia melakukan jenayah bunuh boleh disingkap semula pada zaman kanak-kanaknya. 

Zaman Kanak-Kanak Yang bermasalah

Ed Kemper dilahirkan di Burbank, California, Amerika Syarikat pada tahun 1948 dan dia dikatakan mula menunjukkan masalah tingkah laku yang agak serious sejak usianya masih kecil. Keluarganya, bagaimanapun tidak berdaya untuk menangani masalah tersebut. Menyentuh tentang perihal ayahnya pula, Edmund Emil Kemper II, dia merupakan veteran Perang Dunia II. Selain itu, dia juga dikatakan berada dalam perkahwinan yang tidak mempunyai kasih bersama isterinya, Clarnell Elizabeth Kemper. Dalam erti kata mudah, keluarga Kemper bukanlah keluarga yang begitu bahagia.

Ibu kepada Ed pula merupakan seorang gemar meminum arak, dan dipercayai mempunyai masalah ketidakseimbangan personaliti. Hal ini dikatakan amat mengganggu kehidupan ayahnya sehingga ayahnya mengatakan misi semasa perang serta menjalankan ujian ke atas bom atom tidak seteruk tinggal bersama Clarnell. Disebabkan perkara ini juga ia mempengaruhi pembesaran serta personaliti Ed Kemper.

Semasa kecil, Ed dikatakan mempunyai fantasi gelap berkaitan dengan seksualitinya dan kematian. Ada satu masa, dia akan menghancurkan anak patung milik kakaknya serta menghendap guru kelasnya di luar rumah sambil membawa senjata bayonet ayahnya. Pada usia 10 tahun pula, dia dikatakan membunuh kucing peliharaan keluarganya, dan pada usia 13 tahun, dia membunuh seekor kucing lain dan menyimpan cebisan badan kucing yang dipotongnya itu dalam almari.

Pada tahun 1957, ayah Ed meninggalkannya sekeluarga dan dia tinggal bersama ibu dan dua orang kakaknya. Bagaimanapun, ibu Ed meletakkannya di ruang bawah tanah sebagai tempat tidurnya dan menguncinya di situ. Ibunya takut Ed yang berusia 15 tahun ketika itu akan mencederakan adik-beradiknya yang lain. Sepanjang tempoh itu, Ed sering diejek dan dihina oleh kakak dan adik perempuan yang mengatakan tidak ada wanita yang akan mencintainya.

Tidak lama selepas itu, Ed lari dari rumah ibunya untuk tinggal bersama ayahnya di California. Namun, dia mendapati ayahnya telah berkahwin lain. Ayahnya kemudian menghantarnya untuk tinggal bersama datuk dan neneknya di sebuah ladang. Di situ, Ed banyak menghabiskan masa memendamkan segala perasaan marah terhadap ibu bapanya yang banyak mengabaikannya sejak kecil.

Pembunuhan Pertama: Datuk Dan Neneknya

Kejadian pembunuhan pertama ini dikatakan berlaku selepas dia bertengkar dengan neneknya, lalu dia menembak kepada neneknya menggunakan senapang milik datuknya. Tidak berhenti disitu, dia kemudian membunuh datuknya ketika dia berjalan masuk menuju ke rumah.  Namun selepas dia membunuh datuk dan neneknya, dia tidak melarikan diri malah menyerahkan dirinya ke polis. Dia kemudian dihantar ke unit penjenayah kurang siuman di Hospital Atascadero State. Selepas melalui sesi ujian, mereka mendapati Ed mempunyai skor IQ yang tinggi.

Semasa hari kelahirannya yang ke-21 pada tahun 1969, Ed akhirnya dibebaskan dari hospital berkenaan dan pulang ke pangkuan ibunya yang ketika itu bekerja sebagai pembantu tadbir di University of California, Santa Cruz. Selepas setahun, Ed mula tinggal di beberapa tempat sekitar California Utara dan akan kembali ke rumah ibunya sekiranya kehabisan wang. Pada waktu inilah Ed dikatakan memulakan siri pembunuhannya yang terkenal di mana dia akan menjemput mana-mana wanita muda untuk menaiki kenderaannya dan membunuh mereka Tidak cukup dengan itu, dia akan bersetubuh dengan mayat mangsanya dan menceraikan badan mayat-mayat itu. Nak banyangkan apa yang dia lakukan ni pun rasa macam nak termuntah!

Bermula Siri Pembunuhan Kejam Ed Kemper…

Mangsa pertamanya adalah Mary Ann Pesce dan Anita Luchessa, iaitu dua pelajar California State University, Fresno yang ditemuinya ketika memandu di sekitar Berkley, California. Ed kemudian membawa kedua wanita itu ke kawasan berhutan untuk dia melakukan jenayah pertamanya. Pada asalnya dia hanya berniat ingin merogol wanita-wanita itu, tetapi selepas panik dia akhirnya menikam dan mencekik mereka sampai mati.

Dia kemudian memasukkan mayat mereka ke dalam bagasi dan beransur pergi ke rumahnya di Alameda tempat dia tinggal ketika itu. Dalam perjalanan, seorang pegawai polis menahan keretanya kerana lampu belakang yang rosak, tetapi tidak mengesyaki apa-apa. Selepas Ed sampai ke rumahnya, dia merogol mayat tersebut sebelum memotongnya dan meletakkan kepingan mayat itu dalam sebuah beg plastik. Dia kemudian membuangkan bungkusan plastik berisi mayat di sebuah lembah berhampiran Gunung Loma Prieta.

Tidak berhenti di situ, dengan kepintaran yang dimilikinya, Ed meneruskan formula pembunuhannya itu ke atas mangsa seterusnya iaitu Aiko Koo, seorang pelajar tarian Korea berusia 15 tahun. 

Kemudian pembunuhan lain yang dilakukannya adalah pada awal tahun 1973 di mana dia kembali ke rumah ibunya di kampus University of California, Santa Cruz selepas kehabisan duit. Di situ, dia membunuh tiga lagi pelajar kolej yang diambilnya sekitar kampus. Dia bahkan menanam kepala salah satu korbannya di kebun ibunya dan membiarkannya ‘kepala’ mangsanya itu menghadap atas ke bilik tidur ibunya. Menurut Ed, dia melakukan hal itu kerana ibunya selalu mahukan orang menyanjunginya.

Mangsa Seterusnya Adalah Ibunya Sendiri…

Kemudian, pada 20 April 1973, pembunuhan Ed Kemper mencapai ke kemuncak apabila dia memukul ibunya yang sedang tidur menggunakan tukul sehingga mati. Tidak behenti di situ, dia kemudian memenggal kepala mayat ibunya dan merogol kepala tersebut sebelum meletakkannya di atas rak dan menggunakannya sebagai papan dart. Selepas itu dia memotong lidah dan peti suara ibunya dan membuangkannya ke dalam sinki tempat pelupusan sampah. Tetapi cebisan lidah dan peti suara ibunya melimpah kembali keluar dari sinki sambil Ed mengatakan “itu yang selayaknya berlaku.” Ed seolah-olah melepaskan segala amarahnya terhadap ibunya yang lebih banyak mencaci dan memarahinya selama bertahun-tahun.

Image via: Facebook

Ed kemudian mengajak rakan baik ibunya ke rumah sebelum membunuhnya dan mencuri keretanya dan memandu ke Colorado. Selepas dia tidak mendengarkan sebarang berita tentang pembunuhan yang baru dia lakukan itu, Ed akhirnya menyerahkan diri kepada pihak polis dengan menghubungi mereka dan memberitahu dia telah membunuh ibunya.

Hilang Tujuan Asal Dan Mahu Berhenti Membunuh

Polis pada awalnya menganggap panggilan itu seperti satu gurauan, namun selepas Ed membuat pengakuan ke atas segala pembunuhan yang dilakukannya sebelum ini barulah mereka mempercayainya. Ketika ditanya kenapa dia menyerahkan diri, Ed memberitahu bahawa dia sudah hilang tujuan asalnya dan mahu berhenti. 

Dia ditangkap dan disabitkan dengan lapan tuduhan pembunuhan. Ed turut dikatakan cuba membunuh diri sebanyak dua kali dan turut meminta hukuman mati, tetapi cubaannya itu gagal. Dalam semua pertuduhan, dia akhirnya diberi tujuh hukuman penjara seumur hidup secara berturut-turut.

Baca juga artikel menarik lain:

James Bulger – Tragedi Pembunuhan Anak Kecil Yang Dilakukan Kanak-Kanak Berusia 10 Tahun!

Disebabkan Dendam Kerana Didera Ibu Bapa, Lelaki Ini Menjadi Pembunuh Bersiri!

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement