Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Dia Tak Tegur Noh Begitu Begini” – Penghijrahan Mizz Nina Banyak Pengaruhi Noh Salleh Untuk Turut Berubah

Kisah penghijrahan pasangan selebriti, Mizz Nina dan Noh Salleh banyak beri inspirasi kepada netizen…

Published

on

Tipu untuk kita katakan dalam diri kita tidak ada niat untuk berhijrah atau berubah ke arah yang lebih baik. Walaupun tidak seratus peratus terus berubah, namun kita berharap diri kita akan menjadi lebih baik dari masa ke masa. Mungkin itu lumrah kita hidup sebagai manusia, yang hanya mahu mencari keredaan yang Maha Mencipta. Bagaimanapun, ramai golongan artis yang telahpun berkongsi mengenai kisah penghijrahan mereka. Namun kali ini, kisah penghijrahan pasangan selebriti ini, Mizz Nina dan juga Noh Salleh, diceritakan dari sudut seorang wargamaya.

Menerusi perkongsian di Facebook itu, individu yang dikenali dengan nama Siti Suryani Yaakop berkongsi kisah penghijrahan Mizz Nina dan Noh Salleh daripada apa yang dilihatnya dalam satu video di YouTube. Dikisahkan tentang bagaimana kali pertama Noh mula-mula tertarik dengan keperibadian Mizz Nina sehinggalah bagaimana Mizz Nina turut mempengaruhinya untuk berubah menjadi lebih baik.

Menurut perkongsian itu, apa yang membuatkan Noh tertarik dengan Mizz Nina adalah disebabkan karakter Mizz Nina yang kuat. Kata Noh, Mizz Nina bukanlah seperti perempuan lain yang mudah merajuk atau terasa hati. Kalau ada masalah, Mizz Nina akan terus cakap dan tidak menyimpannya. 

Aku bukan reti kalau perempuan tiba-tiba diam ni. Cakap terus senang cerita. Aku rasa buang masa layan benda drama-drama ni,” kata Noh menceritakan kisahnya. 

Selain itu, berkongsi juga tentang perjalanan Mizz Nina untuk berubah, menurut Noh isterinya itu sangat tekun dan bersungguh-sungguh mencari ilmu. Tidak kira siang atau malam, dia akan buat betul-betul. Perkara-perkara lama yang tidak sepatutnya dilakukan, ditinggalkan terus tanpa was-was. 

Dalam pada itu, Noh juga berkata lama kelamaan dia sendiri yang terikut dengan cara Mizz Nina. Semuanya disebabkan rasa hormat dan kagum melihat perubahan yang dilalui oleh MIzz Nina. Tambahnya lagi, Noh menyifatkan isterinya itu ibarat bidadari syurga yang dikirimkan Tuhan buat dirinya. 

Perkongsian tersebut turut mendapat lebih enam ribu ulang ciapan dan rata-rata wargamaya kagum dengan kisah penghijrahan pasangan selebriti itu. Semoga kita juga turut terinspirasi daripada kisah ini untuk berubah menjadi lebih baik.

Baca juga artikel menarik lain:

“Comelnya Dia Melayan Maknya” – Hanis Zalikha Luang Masa Spa Di Rumah, Gelagat Alisa Jadi Perhatian

“Patah Hati Ke Tu?” – Fedtri Yahya Balas Pantun KKM, Netizen Pun Turut Pamer Bakat Berpantun

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement