Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Dia Sorang Je Pakai Mask” – Warganet Puji Anak Erra Ikut SOP Semasa Majlis Neelofa

Engku Aleesya pula menjadi perhatian di aplikasi TikTok ketika bergambar di atas pelamin.

Published

on

Majis Neelofa dan pasangannya, Haris Ismail masih hangat diperkatakan sehingga terbaru ada yang mendakwa mereka sedang berbulan madu di Pulau Langkawi namun masih belum ada kesahihan untuk isu itu. Selepas berlangsung majlis perkahwinan, media sosial sibuk dengan dakwaan berhubung majlis tersebut gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Buat masa ini, keluarga Neelofa dan keluarga akan dipanggil untuk memberi keterangan berkenaan dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, bukan sahaja Neelofa dan Haris sahaja yang mendapat perhatian warganet tetapi puteri tunggal hasil perkahwinan Engku Emran dan Erra Fazira, iaitu Engku Aleesya pula menjadi perhatian di aplikasi TikTok ketika bergambar di atas pelamin. Menerusi perkongsian video yang dikongsian oleh seorang wanita, @irania.mohamed telah meraih hampir  800,000 tontonan.

@irania.mohamedDia sorg pakai mask sesi bergmbr majlis lofa🤗🤗🤗♬ original sound – 【GADIS】IEZA

Video tersebut menyatakan Engku Aleesya sangat bagus kerana tetap mematuhi SOP semasa sesi bergambar walaupun ia adalah sesi bergambar bersama keluarga. Warganet turut memuji kanak-kanak berusia 12 tahun itu yang tahu kepentingan menjaga SOP semasa mendekati orang lain di luar.

Sementara itu, video yang menerima lebih 21,000 tanda suka itu telah dilimpahi komen positif daripada warganet yang rata-ratanya memuji tindakan Aleesya yang ‘setia’ memakai pelitup muka dan menyatakan budak kecil lebih tahu kepentingan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan berbanding dengan orang dewasa.

Terdahulu, Engku Aleesya turut berada di majlis perkahwinan bapanya, Emran bersama kakak Neelofa iaitu Noor Nabila pada 19 Mac lalu.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Tidak Ada Pilih Bulu Dalam Pelaksanaan SOP..”- Pengurus Acara Mahlis Pernikahan Neelofa Dipanggil Polis Hari Ini

“Artis Buat Nampak OK Je, Itu Salah..”- Neelofa Ditegur Bergambar Diapit Abang Ipar

Sumber: TikTok @irania.mohamed

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement