Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Minta Maaf, Saya Tidak Boleh Komen..”- Desas Desus Dakwa Nabila & Engku Emran Nikah Esok?

“Sebelum ini, saya sudah memberikan kenyataan saya tidak mahu komen mengenai perkara ini. Saya juga bukannya seorang artis.

Published

on

Kontroversi hubungan Noor Nabila, kakak kepada selebriti popular, Neelofa semakin panas apabila ada yang mengatakan dia bakal dinikahkan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin esok.

Wow, adakah ini benar? Sejak awal bulan ini, gosip Nabila dan Engku Emran hangat diperkatakan dalam laman sembang, malah mendapat liputan meluas media di Indonesia. Hubungan Nabila menjadi rapat dengan Engku Emran apabila masing-masing berkongsi minat sukan berbasikal melalui paparan foto dalam laman sosial.

“Minta maaf, saya tidak boleh komen..”

Demikian jawapan ringkas kakak selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor mengulas desas-desus dipercayai diperkatakan netizen mendakwanya dan Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal diijabkabulkan, esok.

“Sebelum ini, saya sudah memberikan kenyataan saya tidak mahu komen mengenai perkara ini. Saya juga bukannya seorang artis.

“Saya harap semua memahami, terima kasih,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini foto Engku Emran yang dikatakan menyertai majlis usrah bersama Ustaz Wadi di kediaman Nabila, tular.Mereka juga dikatakan keluar bersama apabila Engku Emran sendiri berkongsi gambar yang menunjukkan bayangan wajah Nabila di dalam kereta bersamanya.

Well, tiada kata putus daripada kedua pihak, sama-sama kita nantikan! Apa pun moga yang terbaik buat kedua mereka.

 

 

 

 

Sumber: Bharian

 

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement