Semasa & Hiburan
Dahulu Di Kaca TV, Kini Ke Konti Radio – Izwan Azir
Jom layan kupasan isu semasa bersama Izwan Azir
Nama yang tidak asing lagi dalam dunia kewartawanan, Izwan Azir Saleh yang dahulunya sering muncul sebagai penyampai berita di TV3, kini melangkahkan kaki ke konti radio. Beliau akan turut serta bersama keluarga Kool FM sebagai juruhebah radio dan akan ke udara secara rasmi bermula 5 Oktober ini.
Izwan Azir sebelum ini memulakan kerjayanya sebagai penyampai berita TV3 pada tahun 2002 dan juga merupakan wartawan kanan stesen TV tersebut. Selain itu, beliau turut berpeluang menjadi hos bagi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), Soal Jawab, Pembentangan Bajet, dan program pilihanraya ‘Mandat.’
Walaupun beliau berada dalam bidang penyiaran TV selama 16 tahun, namun baginya kerjaya sebagai juruhebah radio sudah menjadi cita-citanya sejak zaman persekolahan. Cintanya terhadap bidang ini sememangnya bermula dengan radio.
Jadi buat anda yang dah tak sabar nak dengarkan suara Izwan Azir, beliau akan membincangkan isu nasional, dunia, keusahawanan, sukan dan juga hiburan pada setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 3 petang hingga 7 malam. Nantikan kupasan isu-isu semasa dan hangat bersama Izwan Azir.