Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Dah Guna Laser Tapi Masih Tumbuh” – Gadis Miliki Misai Dan Janggut Anggap Ia Satu Kelebihan

Tapi masih kelihatan manis dan cantik…

Published

on

Kalau lelaki yang dah melepasi peringkat umur dewasa mesti rasa nak ada misai, janggut ataupun jambang. Itu memang normal sebab nak nampak maskulin dan terserlah kelelakiannya. Perempuan pula ada juga sesetengahnya yang meminati lelaki yang berjambang ni. Tapi kalau perempuan yang ada misai dan janggut macam mana pula?

Itu yang dialami oleh seorang gadis dari Indonesia yang berkongsi video menampakkan wajahnya bermisai dan berjanggut di aplikasi TikTok. Mungkin akan timbul rasa segan sekiranya wanita memiliki misai atau janggut yang jelas nampak di wajah. Namun, berbeza dengan individu yang dikenali dengan panggilan Cica ini yang tak segan berkongsi keadaan wajahnya. 

@mssvanteReply to @mssvante ni klarifikasi gak si kl gini? kl mau lebih jelas nnti gue bikin part 2 nya deh sekalian foto” nya ##fyp♬ original sound – cica

Dalam video yang dikongsikannya itu, misai dan janggutnya tidak kelihatan halus, tetapi jelas seperti misai dan janggut seorang lelaki. 

Dah Cukur Tapi Tumbuh Makin Lebat Selepas Tu…

Menurut gadis tersebut, dia pernah membuang bulu halus di bahagian atas bibir dan dagunya menggunakan rawatan laser. Namun hasilnya tetap sama di mana bulu-bulu itu tumbuh semula. Bagaimanapun, bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut, gadis itu pergi berjumpa dengan doktor. Menurut Doktor, dia dikatakan menghidap ‘hirsutism’ iaitu pertumbuhan bulu lebat yang berlaku pada peringkat umur seseorang wanita itu sudah subur. 

@mssvanteReply to @tputri32 tiktok pls aku butuh yg lgsg gausah part2 an 🙁 ##fyp♬ original sound – cica

Menurut penjelasan gadis itu, misai dan janggutnya pada awalnya hanya kelihatan halus sahaja dan tidak terlalu jelas. Namun pada tahun 2020, ia kelihatan makin jelas seperti memiliki misai dan janggut lelaki.

Walaupun kelihatan seperti misai dan janggut seorang lelaki, dia yang merupakan pelajar jurusan undang-undang di Indonesia tetap menganggap ia sebagai satu kelebihan buat dirinya. Dalam pada itu, ramai juga yang memuji Cica dan menyatakan dia tetap kelihatan manis dan mengganggap ia sebagai satu kurniaan tuhan.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Bentong Kali – Penjenayah Hati Kering Dan Tak Takut Mati!

Muntah Ikan Paus Ditemui Nelayan Bernilai RM1.16 Juta? Ini Sebab Ianya Amat Bernilai

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement