Connect with us
Kool FM

Semasa

“Dah Ambil Ujian Swab, Sempat Menular Sana Sini” – Sikap Segelintir Masyarakat Tidak Kuarantin Kendiri

Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk kuarantin kendiri apabila mempunyai simptoms COVID-19, namun masih ada segelintir individu yang…

Published

on

Saban hari kes positif COVID-19 dalam negara kita semakin mencanak naik dari semasa ke semasa. Rakyat Malaysia amat khuatir dengan jumlah kes positif COVID-19 kini yang telah mencecah sehingga 4 angka. Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membendung kemelut yang melanda negara kita ini namun masih ada segelintir rakyat kita yang seakan tidak mempunyai ‘kesedaran’ tentang penyakit membawa maut ini.

Baru-baru ini tular satu ciapan di media sosial yang menceritakan sikap segelintir masyarakat kita yang mengambil ujian swab Covid-19 tidak mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengkuarantinkan diri setelah ujian dilakukan. Menurutnya, mereka sewenang-wenangnya menular ke sana sini tanpa ada perasaan ‘serba salah’. Ada yang pergi ke tempat kerja, berjumpa saudara-mara, pergi ke premis makanan luar dan sebagainya. KKM acap kali berpesan kepada rakyat untuk menjaga Operasi Standard Prosedur (SOP) dan kuarantin diri sekiranya ada simptoms, namun tetap diendahkan oleh masyarakat.

Baca juga: [VIDEO] “Dah Tak Kisah SOP Ke..?” – Netizen Persoalkan Salah ‘Siapa’ Rakyat Langgar SOP

Setelah setahun kita berperang dengan pandemik ini, pihak kerajaan dan KKM telah memberi pelbagai notis dan pesanan kepada rakyat agar mereka peka dan mengambil tahu informasi penting mengenai wabak merbahaya ini lebih-lebih lagi informasi tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh mereka seandainya mempunyai simptom COVID-19. Namun sepertinya masih ada segelintir daripada kita yang memandang ‘enteng’ mengenai hal ini.

Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan masyarakat kita yang meluahkan pengalaman mereka ketika berhadapan dengan nasib yang sama. Mereka berkata segelintir rakyat kita jauh tersasar dan tidak bertanggungjawab malah seakan tiada “common sense” untuk menghindari diri serta mematuhi langkah-langkah yang perlu diambil semasa menjadi kontak rapat dan sekiranya mempunyai simptoms. Tidakkah mereka tahu bahawa wabak ini mudah merebak kepada orang lain seandainya diri sendiri tidak membuat kuarantin kendiri?

Pelbagai usaha telah pun dilakukan oleh pihak berkuasa demi memastikan penularan wabak ini dapat dicegah. Namun masih ada segelintir daripada kita yang tidak peka dengan keadaan sekeliling. Ingat, sentiasa membaca notis pemberitahuan mengenai COVID-19 di laman yang sah dan sentiasa ikut arahan kerajaan, patuhi SOP dan jaga jarak 1 meter anda.

Baca juga:“Hipokrit! Kalau Selebriti Laju Nak Maki, Suruh Siasat..” – Tular Video Masyarakat Langgar SOP

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement