Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Comelnya Dia Melayan Maknya” – Hanis Zalikha Luang Masa Spa Di Rumah, Gelagat Alisa Jadi Perhatian

Nampak seronok Alisa melayan ibunya, Hanis Zalikha dengan memberi layanan spa di rumah…

Published

on

Memang seronok sebenarnya bila kita dapat luangkan masa bersama dengan keluarga di rumah pada hujung minggu. Bagi yang sudah mempunyai anak-anak pula, hujung minggu akan jadi hari yang paling dinanti-nanti sebab dapat buat aktiviti bersama. Yelah bila dah penat bekerja seminggu, tentulah kita mahukan hujung minggu menjadi hari kita dan anak-anak.

Anak pasangan selebriti, Hanis Zalikha dan juga Hairul Azreen, sering menjadi perhatian di media sosial dengan telatah mereka. Menerusi perkongsian video terbaharu di Instagram milik Hanis Zalikha, dapat dilihat telatah anak perempuannya, Alisa Aisyah, melayan ibunya melakukan spa di rumah. Memang comel gaya Alisa seolah-olah dialah yang memberikan layanan spa kepada ibunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Alisa memotong timun dan meletakkan hirisan timun ke mata ibunya. Seperti layanan di spa yang pada akhirnya pelanggan diberikan sedikit minuman sebagai refreshment, Alisa juga melakukan perkara yang sama. Tapi bab potong timun tu tentulah ia dibantu oleh yang dewasa.

Sementara itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya geram dengan gaya Alisa yang seperti menawarkan perkhidmatan spa di rumah. 


Rakan-rakan artis juga turut memberi komen dengan menyatakan betapa comelnya Alisa meluangkan masa dirumah dan memberi layanan spa kepada ibunya. Dalam pada itu, Hanis Zalikha turut berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh Alisa dan memberi markah penuh kepada anaknya itu. Apa-apa pun, itu hanyalah sekadar aktiviti di rumah bersama anaknya. Mungkin kita boleh cuba juga lakukan aktiviti ini dengan anak-anak di rumah.

Baca juga artikel menarik lain:

“Patah Hati Ke Tu?” – Fedtri Yahya Balas Pantun KKM, Netizen Pun Turut Pamer Bakat Berpantun

Rumah Hangus Terbakar Sejam Sebelum Majlis Pertunangan, Barang Hantaran Tak dapat Diselamatkan

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement