Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Charles Bronson – Kisah Banduan Paling Ditakuti Dalam Penjara

Dasyat betul sampai banduan lain pun takut!

Published

on

Charles Bronson dikenali sebagai banduan paling ganas di Britain. Bronson, atau nama sebenarnya Michael Gordon Peterson, lahir pada 6 Disember 1952 di England. Dia dikatakan sebagai budak yang baik dan mempunyai masa depan yang cerah sewaktu zaman kanak-kanaknya. Keluarganya juga merupakan dari kalangan orang yang penting dalam masyarakat, seperti pakcik dan makciknya yang pernah menjadi datuk bandar. Memasuki umurnya 13 tahun, Bronson mula melibatkan diri dalam kancah jenayah. Dia menyertai gang rompakan dan kemudian ditahan di bawah mahkamah juvana. Menurut Bronson, dia seronok melibatkan diri dalam bergaduh dan sering kali ponteng sekolah.

Dalam Penjara Juga Turut Bertindak Ganas Dan Digeruni…

Selepas melakukan beberapa jenayah yang kecil, akhirnya pada tahun 1974 Bronson dijatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun kerana terlibat dengan rompakan bersenjata. Mengikut laporan, tempoh dia dipenjarakan sering dilanjutkan kerana Bronson selalu menyerang dan mencederakan banduan lain dan juga pengawal penjara di situ. Punca pergaduhan dalam penjara adalah daripada Bronson sendiri tanpa ada banduan lain yang provoke dia. Disebabkan keganasan dia dalam penjara, Bronson juga selalu dipindahkan ke penjara-penjara lain di sekitar England. Di penjara lain, dia diasingkan dengan banduan lain dalam kurungan perseorangan.

Selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 1987, dia mula menyertai pertandingan bergusti dan menjadikan ia sebagai kerjayanya. Sebenarnya dari situ lah dia dapat nama Charles Bronson selepas penganjurnya merasakan dia memerlukan nama yang lebih popular. Tak lama kemudian dia masuk semula ke dalam penjara pada tahun 1988 selepas didapati bersalah merancang satu kes rompakan. Selain penjara, dia turut menghabiskan masanya di hospital sakit jiwa yang mempunyai keselamatan tinggi. Dia dikatakan mempunyai masalah panas baran yang melampau. Memang ramai banduan dalam penjara takut nak bercakap dengan dia, termasuk lah pengawal penjara.

Sempat Mencipta Kaedah Senaman Tersendiri

Semasa di penjara, walaupun dia dikurung sendirian, Bronson tetap melakukan aktiviti di dalamnya. Bronson mencipta fitness regime iaitu cara senama seperti seorang askar. Pada tahun 2008, Bronson mendakwa dia masih mampu melakukan 172 tekan tubi dalam masa 60 saat dan 94 tekan tubi dalam tempoh 30 saat. Bukunya yang bertajuk Solitary Fitness diterbitkan pada tahun 2002 dan mengfokuskan bagaimana seseorang mampu melakukan latihan fizikal dalam keadaan sumber dan ruang yang terhad.

Walaupun Bronson dipenjarakan, selepas dia menjalani beberapa rawatan di hospital sakit jiwa, dia kemudian mendalami bidang kesenian pula. Banyak hasil seni yang dihasilkannya seperti lukisan dan sajak. Dia juga telah menerbitkan 11 buah buku, termasuk buku tentang cara untuk hidup sendirian di tempat berasingan. Disebabkan itu, dia merupakan banduan yang banyak menerima anugerah dari hasil keseniannya. Mungkin ini salah satu cara untuk Bronson mengawal dirinya daripada menjadi ganas. Hasil lukisannya juga pernah dipertontonkan kepada orang awam pada tahun 2010.

Pada Ogos 2014, Bronson menukar namanya kepada Charles Saldavor, sebagai penghormatan kepada Salvador Dali. Bronson juga menyatakan dirinya yang penuh dengan keganasan telah mati pada 2014. Kini dia lebih tenang dan jauh dari kehidupan yang dahulu.

Kisahnya Diangkat Menjadi Sebuah Filem

Seperti kebiasaan kisah-kisah individu yang menarik, pasti akan diangkat menjadi sebuah filem. Kisah Charles Bronson boleh ditonton melalui filem ‘Bronson’ (2008) yang dilakonkan oleh Tom Hardy. Bila filem ini mula ditayangkan, pada mulanya Bronson tidak dibenarkan untuk menontonnya. Sebabnya tidak diketahui. Tetapi dia memberitahu kalau ibunya suka akan filem tersebut, pasti dia akan sukakannya juga walaupun tidak dapat menontonnya.

Pada tahun 2011, akhirnya Bronson diberi kebenaran untuk menonton filem mengenai kisah hidupnya. Dikatakan pada awalnya Bronson kurang gemar dengan Tom Hardy melakonkan watak sebagai dirinya. Tetapi selepas menonton dia sangat suka dengan lakonan Tom Hardy yang berjaya mencerminkan dirinya.

Baca juga artikel menarik yang lain:

Usah Menolak Bekas Banduan, Perbetul Persepsi Masyarakat Terhadap Mereka

Kisah Seorang ‘Pembunuh Bersiri’ Menjadi Penyanyi

 

 

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement