Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Cara Unik Negara Lain Sambut Hari Raya Aidilfitri

Sebenarnya perbezaan ketara adalah juadah Hari Raya Aidilfitri di negara masing-masing…

Published

on

Kebiasaannya di pagi raya yang lelaki akan bersiap untuk solat raya di masjid, dan yang perempuan akan menyiapkan juadah di rumah. Lepas tu kita akan melawat pula rumah saudara mara kita dan kalau ada rezeki boleh dapat duit raya. Hiasan rumah untuk Aidilfitri pun boleh tahan meriah, dan bila malam mesti main bunga api. Yang paling best, orang kita sambut raya selama sebulan. Tu yang ada rumah terbuka setiap minggu. Selagi belum habis bulan Syawal, selagi tu boleh pergi beraya ke rumah orang. Itu kira cara unik orang di Malaysia beraya. Tapi kali ni jom kita menyelusuri cara unik negara lain sambut Hari Raya Aidilfitri.

Arab Saudi

Selain daripada tradisi kunjung mengunjung ke rumah saudara mara, di Aran Saudi mereka juga turut mengadakan pertunjukan seni seperti persembahan teater, perarakan muzik, tarian dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga tradisi di mana lelaki arab akan membeli sejumlah beras dan makanan ruji untuk diletakkan di hadapan pintu rumah mereka yang kurang bernasib baik tanpa memberitahu nama mereka kepada yang menerima. Di belah malam pula, mereka akan mengadakan pertunjukan bunga api yang besar.

Turki

Di Turki, mereka menyebut Hari Raya Aidilfitri sebagai ‘Bayram’ di mana pada hari tersebut penduduk Turki akan memakai pakaian khas yang dinamakan Bayramlik. Bila mereka berjumpa sesama mereka, mereka akan berikan ucapan salam yang berbunyi ‘Bayraminiz Kutlu Olsun’, ‘Mutlu Bayramlar’ atau ‘Bayraminiz Mubarek Olsun’ yang bermaksud selamat merayakan Hari Raya Bayram. Siapa yang ada niat nak pikat gadis dari Turki bolehlah belajar ucapan salam ni. Raya tahun depan boleh beraya di Turki.

Baca juga: Tradisi Unik Bulan Ramadan Di Negara Lain Yang Ramai Tak Tahu…

China

Penduduk Islam di China pula akan mengenakan pakaian khas Aidilfitri. Lelaki akan memakai jaket khas dan kopiah berwarna putih, manakala kaum wanita akan memakai baju tebal dan tudung. Tradisi menziarahi pusara ibu dan bapa serta makam tokoh-tokoh Islam setempat akan dilakukan sebaik sahaja selesai solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan makan bersama keluarga.

Nigeria

Majoriti penduduk di sana terdiri daripada mereka yang beragama Islam dan Kristian, namun saling bersama-sama setiap kali tiba sesuatu perayaan. Sambutan Aidilfitri di sana dikenali dengan nama ‘Sallah Kecil’ dan pada hari tersebut mereka mengucapkan salam ‘Barka Da Sallah’ yang bermaksud Salam Sejahtera di Hari Raya.

Amerika Syarikat

Walaupun umat Islam di Amerika Syarikat bukanlah majoriti, namun sambutan di sana tetap meriah. Solat Hari Raya adalah paling penting di sana. Mereka akan saling bermaafan dan mengucapkan Selamat Aidilfitri. Tradisi di sana adalah mereka akan mengenakan pelbagai pakaian mengikut budaya masing-masing memandangkan kebanyakan umat Islam di sana adalah imigran.

Tunisia

Di Tunisia, mereka mendapat cuti dua hari untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sama juga macam kita cuma di sana mereka tak raya sebulan macam kita. Selain solat sunat Aidilfitri di Masjid, sepanjang siang akan terdapat tarian dan muzik untuk hiburan mereka. Pemberian hadiah juga turut menjadi sebahagian tradisi semasa Hari Raya, dan di belah malam pula makan-makan akan menjadi acara utama.

Sebenarnya perbezaan ketara adalah juadah Hari Raya Aidilfitri di negara masing-masing, tetapi perbezaan dan tradisi sambutan juga turut menjadi amalan dan budaya masing-masing.

Baca juga: Mick ‘Crocodile Dundee’ Pemburu Buaya Sebenar

Sumber daripada: Prihatin Spanco

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement