Connect with us
Kool FM

Semasa

Cabaran Kesihatan Mental Pekerja, Majikan Dalam Mengharungi Gelombang Ketiga COVID-19

Cabaran gelombang ketiga COVID-19…

Published

on

Mungkin ada yang mengatakan negara kita pernah melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan, dan untuk melaluinya sekali lagi dalam tempoh pendek ia tidak menjadi masalah. Namun, cabaran ekonomi yang dilalui ramai pihak sebelum ini membuktikan bahawa tidak semua mampu untuk mengharunginya sekali lagi.ย 

Baru-baru ini yang tular kisah seorang lelaki yang dikatakan terpaksa berbohong kepada isterinya bahawa dia keluar bekerja sedangkan realitinya, sudah tiga bulan lalu dia diberhentikan kerja sewaktu tempoh pelaksanaan PKP. Lelaki tersebut dikatakan telah diberhentikan kerja tanpa notis berikutan pandemik COVID-19 dan kini melakukan kerja-kerja biasa bagi menampung perbelanjaan harian.

Itu antara salah satu kisah yang diketahui umum, yang mana berkemungkinan banyak lagi kisah-kisah sama yang kita tidak ketahui. Hal ini tentunya membawa cabaran dalam kesihatan mental mereka yang terkena tempias gelombang pandemik COVID-19.

Bimbang Gelombang Ketiga Mencetuskan Kembali Masalah Kesihatan Mental

Nampaknya tidak keterlaluan untuk membuat andaian bahawa ada di antara kita yang mungkin kembali menghadapi tekanan, gangguan emosi serta kemurungan disebabkan gelombang ketiga penularan COVID-19 ini.ย 

Mengulas perkara ini, Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD), Dr Shawaludin Husin, berkata graf kerisauan rakyat termasuk golongan pekerja dan majikan tidak mustahil meningkat kembali. Menurutnya, pada peringkat awal COVID-19 melanda negara, kebimbangan rakyat tertumpu kepada soal kesihatan dari aspek penularan atau jangkitan wabak. Namun, apabila ia berlarutan sehingga menjejaskan beberapa sektor utama negara, ramai pekerja hilang pekerjaan akibat diberhentikan atau diberi cuti tanpa gaji. Manakala majikan pula terpaksa menangguh sementara operasi, malah ada sebahagian juga terpaksa ‘gulung tikar’ dan menutup operasi perniagaan mereka akibat bebanan kewangan.

Tambahan lagi, dengan tamatnya tempoh moratorium, ia sedikit sebanyak turut menyumbang kepada tekanan golongan yang terkesan kerana perlu membayar komitmen hutang bulanan seperti biasa. Penghujung bulan Oktober ini kita bakal melihat impak ekonomi rakyat yang sebenar. Dari situ, akhirnya berlaku lah kemerosotan kesihatan mental yang mampu menjejaskan perjalanan kehidupan seharian. Namun, kita tidak seharusnya melihat bebanan yang ditanggung oleh pekerja sahaja, malah majikan juga turut terkesan.

Majikan Dan Pekerja Perlu Memahami Situasi Masing-Masing

Menurut Dr Shawaludin, pekerja mahupun majikan perlu berterus terang dan memaklumkan dengan keadaan ekonomi masing-masing, kerana ia dapat membantu kedua-dua pihak membuat persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Beliau berkata, melalui tempoh sukar ini bukan sahaja menuntut soal timbang rasa, tolak ansur, empati dan kerjasama antara pekerja dan majikan, bahkan kedua-duanya perlu saling menyokong antara satu sama lain. Ini lah yang menjamin keselamatan sosial serta kesihatan mental bagi pihak yang terlibat.

Colleagues giving a fist bump

Majikan juga disarankan untuk tidak menyembunyikan keadaan sebenar syarikat. Segala kemungkinan seperti penutupan syarikat perlu dimaklumkan kepada pekerja agar mereka boleh membuat persiapan awal seperti mencari peluang pekerjaan lain. Bagi pihak pekerja juga begitu, bersedia untuk membantu syarikat dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini.ย 

Turut berkongsi pandangan, Pegawai Psikologi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau, Nasrullah Zainal Abidin berkata, isu kesihatan mental perlu dibincangkan secara terbuka dan menjadi isu yang sama penting dengan penjagaan kesihatan fizikal seperti sakit jantung dan diabetes. Jika soal kesihatan mental ini tidak dicaknakan, ia akan memberi kesan besar kepada produktiviti sesebuah organisasi. Begitu lah antara cabaran yang harus kita lalui bersama dan dengan harapan ia tidak terlalu menjejaskan kestabilan ekonomi dan sosial negara.ย 

Baca juga artikel menarik yang lain:

Disebabkan Dendam Kerana Didera Ibu Bapa, Lelaki Ini Menjadi Pembunuh Bersiri!

Spectator Sukan – Rombakan Piala Malaysia Dalam Menghadapi Wabak COVID-19

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement