Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Bukan Tak Laku Tapi Pertimbangkan Watak Sesuai

Biarlah karakter yang ada nilai kepada penonton.

Published

on

Pelakon veteran, Zul Yahya yang dahulunya pernah menyinar dan memeriahkan industri seni tanah air dihubungi untuk berkongsi mengenai perkembangan terkininya.

Menurut pelakon drama Pepaya, dia rasa beryukur kerana Allah banyak mempermudahkan urusannya.

“Dah nak masuk usia warga emas ini, saya membuka perniagaan di Meru, Ipoh dan sekarang banyak masa dihabiskan untuk menguruskan perniagaan makanan lebih-lebih lagi menjadi tumpuan penuh, ” katanya yang kini bermaustatin di Ipoh.

“Insya-Allah, bulan depan pula saya akan membuka kedai runcit di kawasan sekitar tempat tinggal. Semakin banyak tanggungjawab saya selepas ini, tapi itu semua yang mengisi jadual harian saya,” ceritanya.

Ditanya mengenai lakonan, Zul tidak menolak kenyataan bahawa dia masih lagi sering ditawarkan untuk berlakon.

“Tawaran memang ada, tapi saya sendiri yang pilih untuk berehat terlebih dahulu. Kalau ada keinginan untuk kembali berlakon, saya akan buat tapi mengikut kesesuaian,” katanya.

Menjelaskan lagi mengenai apa yang dimaksudkan dengan kesesuaian, Zul berkata, dia perlukan karakter yang kena dengan usianya.

“Kalau watak yang ditawarkan itu kena dengan usia, lebih matang dan mungkin lebih serius, saya akan pertimbangkan.

“Kalau boleh, biarlah karakter yang saya lakonkan itu, ada nilai dalam penyampaian kepada penonton dan menjadi asbab untuk sampaikan sesuatu yang baik buat masyarakat juga,” katanya.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Isu Kes Macau Scam, Pelakon Lelaki &  Pengacara Wanita Pula Akan Dipanggil SPRM

T-Shirt Kedah Digayakan Pelakon Dalam Filem Tamil Buat Netizen Terhibur Dan Bangga

Sumber: harianmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement