Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Bukan Semua Dibeli Guna Duit Suami..”- Diana Danielle Luah Wanita Kini Lebih Berdikari

Diana Danielle pun wanita bekerjaya..dia mampu untuk beli sendiri.

Published

on

Lumrah kehidupan apabila sudah berumah tangga, si suami wajib memberikan nafkah kepada si isteri. Meskipun si isteri itu adalah seorang wanita yang bekerjaya, memberi nafkah kepada isteri adalah tanggungjawab yang memang para suami tak dapat nak ubah walau macam mana pun gayanya. Berdosa besar tau kalau abaikan nafkah isteri.

Di akaun Twitter peribadi artis terkenal ini, Diana Danielle meluahkan perasaan kecewa apabila niat murninya dipersoalkan oleh orang sekeliling. Baru-baru ini, Diana berkata dia berhasrat untuk membelikan rumah kepada ibunya. Namun, sesetengah pihak beranggapan bahawa rumah yang bakal dibeli itu adalah di bawah nama suaminya, Farid Kamil. 

Diana meluahkan rasa kesal apabila perlu menjelaskan mengenai persepsi sesetengah pihak yang mempersoalkan kereta idamannya. Menurutnya, mereka beranggapan bahawa kereta idaman itu adalah hadiah daripada Farid sedangkan kereta itu dibeli dengan hasil titik peluh dirinya sendiri.

Menerusi ciapannya di Twitter, Diana berang apabila masih ada sesetengah individu yang mempunyai pemikiran bahawa setiap harta benda yang wanita miliki, semuanya diberikan oleh si suami. Namun, Diana berkata wanita pada zaman kini lebih berkaliber daripada sebelumnya. Mereka juga berusaha untuk mencari rezeki dan tidak bergantung kepada suami saja. 

Natijahnya, meskipun Diana mempunyai suami yang terkenal, namun dia juga tidak kurang hebatnya. Mereka sama-sama merupakan artis tanah air yang amat dikenali dalam industri hiburan ini. Walaupun telah beranak dua, wanita yang mempunyai 3.1 juta pengikut di akaun Instagram ini masih kekal aktif menerima pelbagai tawaran untuk berlakon dan menjadi seorang duta untuk beberapa jenama terkenal. 

Penulis: Aqilah Paharuzi

Baca juga:

Hebat! Rossa Berkolaborasi Dengan K-POP Star Super Junior Donghae

Neelofa Terima Anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith, Netizen Merasakan Ada Yang Lebih Layak

Sumber: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement