Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Bukan Penyanyi, Tapi Pelawak” – Aliff Syukri Nampak Murung Walaupun Lagu Trending, Shahida Akui Sering Terhibur

Shahidah menegur Aliff kerana kelihatan sedih walaupun lagu yang dihasilkannya itu sudah menjadi trending…

Published

on

Sebelum ini Dato’ Sri Aliff Syukri ada memberitahu bahawa beliau akan menghasilkan sebuah lagu raya baharu untuk raya tahun ini. Lagu raya yang berjudul ‘Lala Raya’ itu sudah pun siap dan boleh didengarkan di YouTube. Bagaimanapun, menerusi perkongsian terbaharu di Instagram isterinya, Datin Sri Nur Shahidah memaparkan suaminya yang kelihatan muram walaupun lagu dah trending di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs)

Dalam video tersebut, Shahidah menegur Aliff kerana kelihatan sedih walaupun lagu yang dihasilkannya itu sudah mula diperkatakan di media sosial dan mendapat tontonan tinggi di YouTube. Bagaimanapun, Aliff memberitahu beliau bukan sedih tetapi berasa kecewa kerana masih ada yang menuduhnya melakukan gimik murahan walaupun menurut Aliff dia sudah lakukan yang terbaik untuk hasilkan lagu raya tersebut.

Baca juga: “Kerja Keras Saya Untuk Gembirakan Rakyat” – Aliff Syukri Sudah Mula Latihan Vokal, Lagu Raya Bakal Menyusul

“Awak tahu tak kenapa saya boleh menerima awak? Sebab saya rasa awak bukanlah seorang penyanyi, tetapi seorang pelawak yang boleh menghiburkan saya,” ujar Shahidah membalas jawapan yang diberikan Aliff.

Namun, menurut Shahidah pula, suaminya itu bukanlah seorang penyanyi tetapi merupakan seorang penghibur yang sering menghiburkan dirinya. Tapi kalau dengar semula lagu ‘Lala Raya’ tu boleh tahan seronoklah lagu tu dan tidaklah menjadi sebuah lagu yang membosankan.

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat Shahidah itu dan merasakan Aliff Syukri lebih sesuai menjadi seorang penghibur. Seperti Shahidah, pengikut-pengikut yang lain juga akui stress mereka boleh hilang selepas melihat telatah Aliff yang menghiburkan itu.

Baca juga: Gara-Gara Gagal Hafal Sifir Dua, Pengantin Perempuan Enggan Mengahwini Bakal Suami

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement