Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Budak Grab #AbangKayuhSelagiBoleh Dapat Hadiah Dari Pak Nil

“Sekarang ni pun motor rosak, jadi tu yang kena kerja juga tu,” terangnya pada Pak Nil.

Published

on

Beberapa hari lepas tular sebuah rakaman video yang dimuatnaik oleh pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil.

Video tersebut menunjukkan seorang remaja lelaki menunggang motorsikal dengan membawa bagasi Grab. Apa yang menarik perhatian Pak Nil adalah tulisan pada bagasi Grab yang berbunyi, #abangkayuhselagiboleh.

Pelakon Cicak-Man itu turut meminta remaja lelaki tersebut untuk menghubunginya kerana tersentuh dengan semangat yang ditunjukkan melalui tulisan pada bagasi Grab.

Tidak sampai dua hari, remaja lelaki tersebut berjaya menghubungi Pak Nil. Apa yang menarik perhatian kami pula adalah kehidupan dia tidak seperti anak remaja lain.

Sebelah pagi bersekolah untuk menduduki STPM dan sebelah petang pula, bekerja sebagai penghantar makanan. Bila di tanya oleh Pak Nil sendiri, rupanya bapanya tidak bekerja kerana kehilangan punca pendapatan akibat COVID-19.

“Saya bekerja ni sebab nak cari duit makan sendiri, tak naklah susahkan mak ayah minta duit lebih-lebih. Lagipun dapatlah buat belanja minum-minum untuk adik beradik. Sekarang ni kerja pun pinjam kawan. Motor saya rosak. Jadi itu yang kena kerja,” terangnya pada Pak Nil.

Disebabkan kisahnya menyentuh hati, Pak Nil meminta nombor akaun untuk beri ‘duit raya’.

Wah! Berapa la Pak Nil bagi duit raya tu ye? Harap dengan pemberian Pak Nil dapat menyuntik semangat untuk belajar lebih tekun.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

AgroBazaar Online Kini Tawar ‘Harga Runtuh’ Sempena 12.12, Rugi Kalau Tak Grab Sekarang!

Graduan UiTM Jadi ‘Runner RM1’ Lepas Penat Menganggur, Tolak Jadi Rider GrabFood Sebab…

 

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement