Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Budak 1 Tahun Kena Penalti Sebab Tak Pakai Mask, Netizen Berang Pengurusan Kondo Buat Undang² Sendiri

Kanak-kanak satu tahun ini dikatakan kena penalti oleh pihak pengurusan kondo gara-gara tidak memakai pelitup muka dalam lif…

Published

on

Sudah hampir setahun negara kita melalui tempoh memerangi wabak COVID-19, dan pihak kerajaan juga sudah mengeluarkan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) untuk rujukan kita semua. Walaupun ada perubahan SOP dari semasa ke semasa yang dibuat mengikut keadaan semasa, namun ada SOP yang masih lagi dikekalkan dari awal tahun lepas sehingga kini seperti memakai pelitup muka dacovidn menjaga penjarakan sosial semasa berada di tempat awam.

SOP mengikut keadaan tempat dan premis juga dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Namun, terdapat juga segelintir pihak yang membuat undang-undang sendiri sehingga mencetuskan ketidakpuasan hati rakyat. Terkini, tular sebuah pengurusan kondo di Ampang, Selangor mengenakan penalti terhadap kanak-kanak berusia 1 tahun kerana tidak memakai pelitup muka semasa di dalam lif.

Umum sedia maklum bahawa kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah adalah tidak diwajibkan untuk memakai pelitup muka semasa berada di kawasan awam. Ini kerana pemakaian pelitup muka tidak sesuai buat mereka dan hanya akan menyukarkan penafasan mereka sahaja. Hal tersebut juga sudah dijelaskan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan, dalam sidang media.

Bagaimanapun, pengurusan kondo tersebut tetap mengeluarkan penalti berjumlah RM100 terhadap kanak-kanak tersebut. Sementara itu, ramai warganet mempersoalkan bidang kuasa pengurusan kondo yang mengeluarkan penalti tanpa mengikut peraturan yang sebenar.

“Anak saya yang berumur satu tahun didapati bersalah oleh pihak pengurusan kondo kerana tidak memakai pelitup muka!,” tulis penduduk kondo tersebut yang berang dengan cara kendalian isu tersebut oleh pihak pengurusan kondo itu. 

Rata-rata warganet meminta untuk pengurusan kondo membuat peraturan yang selari dengan ketetapan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Dalam pada itu, ada juga yang meminta penghuni tersebut untuk tidak membayar penalti yang dikenakan. Mungkin pihak pengurusan kondo ada alasan tersendiri atas penalti yang dikeluarkan, namun ia sepatutnya haruslah selari dengan SOP sedia ada.

Baca juga artikel menarik lain:

“Sedut Warna Biru, Suntik Warna Oren” – Doktor Ini Tampil Beri Penjelasan Prosedur Suntikan Vaksin

“Vaksin Bukan Dajjal” – Khairy Jamaluddin Ajak Orang Ramai Sebar Maklumat Sahih Vaksin COVID-19

 

 

 

Sumber daripada: Facebook

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement