Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Buah Oren Atau Warna Oren, Yang Mana Datang Dahulu?

Dah macam main puzzle nak kena fikir persoalan ni…

Published

on

Persoalan ini sama seperti ‘ayam dan telur ayam, yang mana wujud dahulu?’ di mana ia membuatkan kita terfikir yang mana satu diciptakan dahulu. Mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya tentang perkara ini dan ingin tahu buah oren dinamakan sempena warna oren atau sebaliknya. Tapi kalau anda taknak tahu pun tak apa, boleh tujukan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang sering tertanya-tanya.

Persoalan Yang Berlaku Hanya Dalam Bahasa Inggeris

Seperti yang semua sedia tahu, warna orange dalam bahasa Melayu dipanggil jingga walaupun kadang-kadang kita guna ‘oren’ sebagai kata pinjaman untuk menerangkan warna jingga. Jadi untuk bahasa ibunda kita ia tidak menimbulkan persoalan kerana kita mempunyai perkataan yang berbeza antara buah dan warna. Namun untuk bahasa Inggeris, kedua-duanya adalah sama. Orange adalah buah dan orange juga adalah warna. Jadi, yang mana datang dahulu?

‘Warna oren dinamakan sempena buah oren, jadi buah oren datang dahulu.’

Itu adalah jawapan ringkas. Mengikut kajian, bahasa-bahasa yang berbeza ini menunjukkan ‘warna oren’ merupakan ciptaan yang datang kemudian selepas penemuan buah oren. Dalam bahasa Danish, mereka menyebut warna jingga sebagai orange, manakala buah oren pula disebut sebagai ‘applesin’. Buah oren dalam bahasa Belanda pula disebut ‘sinaasappel’ yang bermaksud epal dari China.

Selepas itu beralih pula ke dalam bahasa Ibrani moden yang menyebut warna jingga sebagai ‘katom’ dan buah oren sebagai tapuach zahav’. Memang pelbagai nama yang disebut mengikut bahasa masing-masing.

Bagaimanapun, menurut teori warna yang dikemukakan pada tahun 1960 -an, konsep warna adalah berbeza-beza mengikut peradaban. Bagi kita masyarakat moden, ribuan perkataan digunakan untuk menerangkan warna. Tetapi bagi masyarakat yang tinggal di perkampungan asli zaman dahulu, mereka hanya menggunakan dua atau tiga perkataan sahaja untuk mengambarkan sesuatu warna. Jadi sebab itu bila munculnya warna jingga yang sama seperti warna buah oren, ia terus dinamakan orange

Dari Mana Datangkan Perkataan ‘Oren’?

Semasa awal abad ke-16, pedagang dari Portugis dikatakan membawa buah oren manis dari India ke Eropah. Disebabkan di Eropah ketika itu tidak ada warna seperti buah oren manis yang dibawa itu, maka mereka menamakan warna tersebut sempena nama buah oren.

Dikatakan sewaktu mereka melihat buah oren yang berwarna jingga itu, mereka tidak tahu macam mana nak terangkan warna jingga cerah yang mereka lihat itu. Kalau warna buah epal atau ceri, mereka boleh kata warna merah. Tapi melihat warna jingga, mereka menjadi bingung seketika. Jadi buat seketika mereka memanggil buah oren tersebut sebagai ‘epal emas’ sehinggalah mereka menerima warnanya sebagai oren sebagaimana orennya buah oren.

Manakala istilah ‘oren’ itu sendiri datang daripada perkataan Sanskrit yang disebut ‘naranga.’ Perkataan itu kemudian berpindah ke dalam bahasa Arab dan Parsi dan kemudian diadaptasikan ke dalam bahasa orang Eropah. Bemula dengan perkataan ‘naranga’ kemudian menjadi ‘norange’ dan apabila frasa ‘a norange‘ di ulang-ulang, maka ia menjadi ‘an orange‘. 

Walaupun agak rumit sampai nak kena menyingkap sejarah lampau untuk tahu mana satu datang dahulu, maka terjawab jugalah persoalan tadi. Tapi persoalan ini tidaklah serumit persoalan ‘ayam dan telur ayam, yang mana wujud dahulu?’. Mungkin yang itu akan dijawab dalam artikel akan datang.

Baca juga artikel menarik lain:

8 Kes Saman Yang ‘Rare’ Dan Tak Masuk Akal

Susah Jemur Kasut Musim Tengkujuh Ni? Cuba Cara Ni Untuk Hilangkan Bau Hapak Di Kasut

 

 

 

 

Sumber daripada: Ajar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement