Connect with us

Semasa & Hiburan

“Boleh Tak Tidur 1 Malam?” – Call Hospital Hanya Untuk Tidur, Caprice Akui Terlalu Penat

Terbaru, Caprice berkongsikan melalui Instagram storynya bahawa dia berasa terlalu penat.

Published

on

Penyanyi rap serta usahawan, Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice adalah seseorang yang sangat aktif di laman sosialnya. Dia banyak berkongsikan tentang isu-isu terkini malah turut memberikan pendapat dan ulasannya berkenaan isu tular yang berlaku di dalam negara. Selain itu, Caprice juga kini sedang bergerak aktif dalam menjayakan projek terbarunya untuk menyebarkan idea keamanan ke serata dunia susulan isu kemanusiaan yang berlaku di Palestin.

Sejak itu Caprice banyak mendapat undangan untuk ‘live‘ bersama dengan influencer lain dari serata dunia bagi membincangkan tentang hal ini. Mungkin sebenarnya banyak lagi perkara yang Caprice lakukan tanpa dia kongsikan di laman sosial bagi menjadikan misi ini satu kenyataan.

Baca juga: Berjanji Mahu Sertai Parlimen, Caprice Akui Tanggungjawab Semakin Berat

Dua minggu yang lepas, Caprice turut mendapat jemputan daripada bekas perdana menteri negara, Tun Dr Mahadhir Mohamad di pejabat peribadinya bagi membincangkan tentang visi dan misinya buat anak muda serta projek terbaru yang dirancang. Selepas daripada perjumpaan tersebut, Caprice akui dia telah membuat satu perjanjian dengan Tun bahawa dia akan menyertai parlimen dan membawa perubahan baru kepada negara. Rata-rata wargamaya memberikan sokongan yang padu kepada Caprice.

Terbaru, Caprice berkongsikan melalui Instagram storynya bahawa dia berasa terlalu penat. Dengan menggunakan latar belakang hitam, Caprice hanya menulis “really really really tired”. Kemudian disusuli dengan satu lagi posting yang difahamkan dialog antara dirinya dan operator atau pengendali telefon hospital.

Caprice berkata dia menelefon hospital yang selalu dikunjunginya hanya untuk bertanyakan satu soalan iaitu “boleh ke jika saya ingin tidur 1 malam di hospital?”. Soalan ini mungkin kedengaran pelik kerana siapa sahaja mahu tidur di hospital kan lagi-lagi dengan kes jangkitan Covid-19 yang semakin menular ini. Namun, percayalah kes begini sememangnya terjadi.

Selain bertanya jika dia boleh bermalam di hospital, Caprice turut bertanya jika dia boleh mendapatkan ubat tidur dan dimasukkan air drip ke dalam badan. Apabila bertanya sebabnya, Caprice menjawab bahawa dia terlalu penat. Namun, pihak hospital menjawab bahawa seseorang yang mempunyai sebab medikal yang kukuh sahaja boleh dimasukkan ke dalam wad. Itu pun jika keadaan tersebut adalah kecemasan. Malangnya, “penat” bukanlah satu hal kecemasan dalam terma medikal.

Jika kita teliti dan lihat sekeliling memang ramai sangat yang sudah semakin penat dengan bermacam-macam perkara dan keadaan yang tidak menentu. Apa yang kita boleh lakukan kini adalah memastikan bahawa keluarga serta rakan-rakan kita berada dalam keadaan yang baik. Apa pun, kita doakan agar Caprice dapat rehat dengan cukup selepas ini dan semoga segala urusan Caprice dipermudahkan.

Baca juga: “Kau Tak Payah Nak Sekolahkan Aku..” – Lana Nordin Berang Dengan Netizen Yang Hanya Pandai Bercakap

Sumber: Caprice

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement