Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

The Rock Minta Pertolongan Aquaman Untuk Kejutan Hari Jadi Anak

Siapa tak kenal dengan pelakon hebat Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock? Terbaru, riuh apabila pelakon Black Adam ini meminta pertolongan daripada rakan adiwira komik DC, Aquaman, atau nama sebenarnya Jason Momoa.

Published

on

Siapa tak kenal dengan pelakon hebat Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock? Terbaru, riuh apabila pelakon Black Adam ini meminta pertolongan daripada rakan adiwira komik DC, Aquaman, atau nama sebenarnya Jason Momoa.

Tia, iaitu anak kepada The Rock begitu meminati Aquaman. Apa-apa yang berkaitan dengan Aquaman dia pasti teruja. Oleh itu, untuk hari jadinya yang ketiga The Rock memberikan kejutan buat Tia dengan meminta pertolongan daripada Jason Momoa sendiri untuk memberikan ucapan hari lahir buatnya.

Baca juga: Perginya Dua Lagenda Hollywood Dan Kollywood, Mendukakan Dunia

Sebelumnya, si kecil Tia ada memberitahu bahawa dia ingin Aquaman untuk turut bersama mereka pada waktu makan pagi. Sebagai seorang ayah yang baik, The Rock menunaikan harapan anaknya itu dan terus mendapatkan Jason Mamoa yang pantas menerima undangan tersebut.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh The Rock, Tia nampak begitu gembira apabila menerima ucapan hari lahir dari pelakon kegemarannya. Mereka berkomunikasi melalui satu talian video. Apabila talian itu berakhir, Tia dilihat terlompat kecil dan tersenyum lebar menunjukkan betapa terujanya dia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by therock (@therock)

The Rock di dalam postingnya berkata dia sangat berterima kasih kepada Jason Mamoa kerana menjadikan impian si kecil Tia sebagai satu kenyataan. Ini adalah hadiah terbaik bagi Tia.

“You epitomize one of my favorite quotes, ‘It’s nice to be important, but it’s more important to be nice’. Thanks for having my back – I’ll always have yours.”

The Rock dan Momoa diminati oleh ramai bukan sahaja kerana watak hebat yang mereka bawa tetapi kerana mereka  mempunyai hati yang baik di mana mereka akan turut melakukan sesuatu seperti ini bukan sahaja buat ahli keluarga tetapi juga buat peminat.

Baca juga: Marvel Studios Lancarkan Dua Trailer Baharu: Black Widow, Loki Kurang Daripada Seminggu

Sumber: The Rock

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement