Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Bintang² WWE Yang Melebarkan Sayap Ke Layar Perak

Dekat gelanggang pun semua memang berlakon je…

Published

on

Baca tajuk je mesti ada yang terbayang wajah ‘The Rock’ sebagai bintang filem Hollywood yang terkenal. The Rock, atau nama sebenarnya Dwayne Douglas Johnson, boleh dikira sebagai bintang filem hollywood yang berjaya yang memulakan kariernya di World Wrestling Entertainment (WWE). Selain The Rock, superstar WWE lain yang menjadi bintang filem terkenal adalah Stone Cold (Steve Austin) dan juga John Cena. Mereka ni kira antara yang menjadi perhatianlah di Hollywood. Mungkin boleh skip tiga nama ni dari list dekat bawah sebab dah sedia tahu. Tapi ada juga rakan-rakan mereka yang lain turut menjadi bintang filem juga. Jadi jom kita kenali siapakah superstar WWE yang sudah mengembangkan sayap ke layar perak. 

Kevin Nash

Kevin Nash, atau lebih dikenali sebagai ‘Big Sexy’ di dalam gelanggang gusti profesional sebenarnya seorang superstar terkenal dalam WWE dan pernah dimasukkan ke WWE Hall of Fame pada tahun 2015. Kevin Nash juga pernah menjadi juara dalam setiap liga gusti profesional utama yang ada, tapi selepas itu dia meninggalkan dunia gusti dan memasuki dunia perfileman. Antara filem-filem popular yang dibintanginya adalah seperti The Punisher, The Longest Yard, John Wick dan siri Magic Mike. 

Kane

Kane, atau nama sebenarnya Glenn Jacobs telah melalui banyak perselisihan dalam dunia gusti selama 20 tahun kebelakangan ini. Kane juga merupakan antara wrestler yang terkenal di dalam WWE. Sering dilihat berlawan bersama-sama dengan The Undertaker. Mungkin sebab dia dikenali dalam WWE adalah kerana dia memakai topeng muka sebagai salah satu karakter wrestler. Walaupun masih di dalam WWE dengan jadual yang sibuk, Kane sempat meluangkan masa untuk berlakon di dalam filem seram berjudul See No Evil, di mana dia memegang watak seorang psychopath yang bernama Jacob Goodnight. Kane melakonkan semula watak yang sama dalam sekuel See No Evil pada tahun 2014. 

Jesse Ventura

Perjalanan hidup Jesse Ventura boleh dikatakan tidak sama dengan rakan-rakannya di dalam WWE. Dia merupakan bekas tentera, pernah menjadi juara bagi pasukan tag, serta pernah berkhidmat sebagai Gabenor Minnesota dari tahun 1999 sehingga 2003. Sangat warna warni kehidupannya. Selain itu, dia juga tidak melepaskan peluang untuk menjadi bintang filem. Jesse Ventura yang kini berusia 68 tahun pernah membintangi filem Predator (1987) yang juga dilakonkan bersama Arnold Schwarzenegger. Selain itu, dia juga pernah muncul dalam filem The Running Man (1987) serta Batman & Robin (1997). 

Triple H

Dikenali sebagai ‘Hunter Hearst Helmsley’ semasa awal perjalanannya dalam WWE. Kini Triple H memainkan peranan penting dalam menguruskan operasi WWE, di samping masih berjaya mengekalkan bentuk fizikal yang mantap di usia 50 tahun. Walaupun sekarang Triple H dilihat lebih banyak menghabiskan masa memakai pakaian kemas bertali leher, sebelum ini dia merupakan antara superstar WWE yang banyak membuat penampilan dalam gelanggang acara besar. Tetapi beberapa tahun lepas Triple H sempat menjadi bintang filem Hollywood juga dan muncul dalam beberapa filem seperti The Chaperone (2011), Blade: Trinity (2004) dan juga Inside Out (2011).

Batista

Dave Bautista, atau lebih terkenal dengan panggilan Batista antara bintang WWE yang pernah mengalahkan superstar WWE yang lain seperti The Undertaker, Triple H dan juga John Cena. Sebagai bintang filem pula, Batista cukup dikenali sebagai watak Drax the Destroyer dalam filem Guardians of the Galaxy. Watak yang dipegangnya itu juga agak ikonik memandangkan banyak meme yang terlahir daripada watak Drax the Destroyer itu. 

Hulk Hogan

Hulk Hogan bukan calang-calang orang di dalam gelanggang WWE. Dia pernah menjadi juara WWE dan WCW sebanyak 12 kali dan masih lagi bergusti semasa usianya lebih 50 tahun. Dah berumur pun masih bertenaga lagi. Tetapi di awal kariernya sebagai ahli gusti, Hulk Hogan turut menjadi bintang filem dan muncul di dalam filem Rocky III (1982) sebagai Thunderlips.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Percaya Atau Tidak, Ini 5 Filem Malaysia Yang Berkualiti Berjaya Ke Peringkat Antarabangsa

Kekuatan Luar Biasa ‘Hercules’ Asia!

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement