Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Biadab Betul Bahasa” – Penghantar Barangan Syarikat Kurier Ini Dikecam Hantar Mesej Kurang Sopan

Penerima barang tak jawab panggilan sampai terima mesej kurang sopan dari dispatcher…

Published

on

Kebiasaannya bila kita dah beli barang secara atas talian, tentu kita nak barang kita itu dihantar dengan selamat. Kalau tak urgent, biar lambat asal selamat. Tapi ada masanya juga bila barang dah sampai tapi kita pula tak ada di rumah. Mungkin kena keluar sebentar ke kedai. Telefon pula tertinggal di rumah. Itulah yang berlaku kepada salah seorang pelanggan ini apabila menerima mesej yang kurang sopan daripada disptacher salah sebuah syarikat perkhidmatan kurier.

“Dengan bapa aku bolehlah nak kurang ajar. Tunggu aku datang besok, jangan lari,” tulis anak kepada pelanggan yang menerima mesej tersebut.

Dalam pada itu, warganet yang memahami kerja seorang dispatcher syarikat perkhidmatan kurier tersebut cuba mempertahankan dispacther itu. Katanya, kesemua dispatcher sebenarnya kejar komisen bagi setiap penghantaran barang. Jika barang itu dipulangkan semula ke gudang, maka hilanglah komisen untuk dispatcher tersebut. 

Walaupun ramai yang mengatakan bahawa pelanggan harus bertanggungjawab dengan bersedia untuk menerima barang setiap kali membuat pembelian online, namun tindakan dispatcher itu menghantar mesej sedemikian adalah tidak patut. Ada juga yang berkongsi situasi sama, tapi masih menerima mesej yang sopan daripada dispatcher

Bahasa melambangkan bangsa. Walaupun ada yang menyalahkan kedua-dua pihak, namun dalam apa jua situasi kesopanan berbahasa perlulah dijaga. Mungkin ini juga peringatan untuk kita semua agar permudahkan urusan orang lain juga. Tapi tak boleh pukul rata bahawa dispatcher semua macam ni sebab ramai je yang baik-baik.

Baca juga artikel menarik lain:

Forum Atas Talian Ini Didakwa Jadikan Kemurungan Dan Bunuh Diri Sebagai Bahan Gurauan

“Patutlah Nampak Tinggi” – Andi Bernadee Kantoikan Diri Sendiri Nampak Tinggi Dalam Drama

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement