Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

‘Berlakon Jadi Gedik Pun Orang Tak Kecam’ – Netizen ‘Geram’ Nora Danish Tak Dimamah Usia

Jangan lupa saksikan drama Bougainvillea di Slot Samarinda, TV3.

Published

on

Rasanya lama juga tak nampak pelakon jelita dan comel, Nora Danish berlakon dalam drama TV. Terbaharu, Nora muncul dalam sebuah drama berjudul Bougainvillea arahan Ayie Mustafa yang mula bersiaran di TV3 bermula 28 Disember 2020. Apa yang menariknya dalam drama ini, Nora turut digandingkan bersama Beto Kusyairy dan juga Intan Ladyana sebagai teraju utama. Wah bukan biasa-biasa ya barisan pelakonnya.

Di laman sosial Twitter menerusi #Bougainvillea , ramai juga yang menyatakan Nora Danish masih kelihatan comel seperti tidak dimamah usia. Dari segi lakonan, memang tidak boleh disangkal lagi, walaupun diberi watak jahat, penonton tetap menyukai watak yang dibawakan Nora. Apa-apa pun, semua peminat bersetuju Nora Danish tetap kelihatan comel di kaca TV.

Ada Apa Dalam Drama Bougainvillea?

Drama yang kini mewarnai slot Samarinda di TV3 akan bersiaran selama 15 episod, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Drama ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri (dibintangi Beto dan Intan) yang sedang melayari kehidupan bahagia bersama dua orang cahaya mata mereka. Namun takdir berubah apabila Intan yang memegang watak Aryanna terlibat dengan kemalangan sehingga menyebabkan dia terlantar koma.

Bagaimanapun, kehidupan tetap harus diteruskan dan Beto yang memegang watak Adrian telah mengupah Mimie (Nora Danish) sebagai jururawat peribadi untuk menjaga Aryanna di kediaman mereka. Dalam diam, Mimie pula mempunyai obsesi yang mendalam terhadap Adrian. Mungkin sebab itulah kot penonton geram dengan Nora Danish ni yang memegang watak jahat dalam drama Bougainvillea.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

Menurut Nora Danish pula, watak Mimie ini bukannya apa tetapi hanya nak mengejar kekayaan dan hidup senang sahaja. Nak cakap bahasa Inggeris pun tak reti, kata Nora terhadap wataknya sebagai Mimie. Lucu juga sebenarnya melihat watak Mimie ni. Tapi kalau nak tahu apa yang akan dilakukan Mimie dalam perancangannya itu, jangan lupa janji temu di Slot Samarinda, TV3.

Baca juga artikel menarik lain:

Upacara Unik Pengebumian Keranda Gantung!

Haiwan-Haiwan Yang Tak Terfikir Akan Digunakan Semasa Perang

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement