Semasa & Hiburan
Bergurau Tak Kena Tempat Sampai Tersangkut Dalam Mesin Basuh
Berpadalah dalam bergurau…
Niat sekadar nak bergurau, tapi lain pula jadinya. Seorang pelajar perempuan yang bergurau dengan rakan serumahnya menerima padah apabila separuh badan rakannya itu tersangkut dalam mesin basuh.
Dikatakan puncanya apabila mereka yang dalam keadaan mabuk mula bermain permainan ‘dare’ atau cabar-mencabar dan memutuskan untuk menerima cabaran masuk ke dalam mesin basuh. Akibat dari kejadian itu, sepasukan anggota bomba terpaksa bergegas ke rumah mereka untuk menyelamatkan ‘mangsa.’
Menurut Rosie Cole, 21 tahun, kejadian tersebut agak memalukan kerana terpaksa memanggil bomba untuk mengeluarkannya dari mesin basuh tersebut. Dia juga mengatakan, pada awalnya dia tahu badannya tidak muat masuk ke dalam mesin basuh itu tetapi tetap nekad untuk menyahut cabaran kawannya.
Semasa dia berjaya memasukkan separuh badannya itu dan mendapati dia telah tersangkut, rakan rumahnya itu hanya mampu mentertawakannya. Menurut Rosie juga, rakan serumahnya cuba membantu mengeluarkannya dari mesin berkenaan tetapi tidak berjaya kerana keadaan kakinya yang sudah berada dalam keadaan bersilang.
Dikatakan anggota bomba yang menyelamatkan Rosie turut berasa lucu dengan ‘tragedi’ itu. Malah, mereka sempat bergurau dengan Rosie dan rakannya selain memberi taklimat keselamatan ringkas jika berlakunya kebakaran.
Baca juga artikel menarik yang lain:
Ini Asal Usul Kepercayaan Feng Shui Yang Diamalkan Lebih 3,500 Tahun
Iklan Cari Jodoh Beserta Syarat Pelik. Ini Antara Tempat Yang Sesuai Cari Jodoh
Sumber daripada: Harian Metro