Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Bergaya Hijab Dengan Busana ‘Off Shoulder’ Tayang Betis, Natasha Tahu Batas Agama

“Ini bukan majlis pelancaran kedai mamak..”

Published

on

Tidak salah berfesyen sebagai muslimah, namun segala ada batas dan perlu mematuhi kehendak agama. Ini yang ditegaskan oleh pelakon Natasha Hudson apabila dikecam baru-baru ini apabila tampil dengan gaya yang dianggap tidak sesuai untuk seorang muslimah bertudung.

Kata Natasha netizen perlu bersikap matang dalam memberikan pendapat dalam media sosial.

“Saya harus katakan, orang tidak akan pernah berhenti bercakap tentang kita terutama kita yang berkerja dalam bidang seni.

“Saya hanya mengikut apa yang penganjur cadangkan pakai namun saya tidak tergamak untuk pakai baju yang terdedah menampakkan bahu. Bahagian yang terdedah itu berlapik kain,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Natasha tampil menggayakan busana yang seolah-olah menampakkan bahagian bahunya (off shoulder) dalam sebuah acara, dia enggan melayan komen-komen yang akan ditinggalkan netizen.

Kata Natasha lagi, dia tahu batas-batas sebagai seorang muslimah dan okey sahaja andai dikritik netizen.

Ada pasukan untuk busana yang saya gayakan hari ini. Ada tatarias dan mereka tahu apa yang dilakukan. Ini bukan majlis pelancaran kedai mamak, ini pelancaran produk kecantikan tetapi orang boleh cakap sahaja apa yang mereka mahu,” ujarnya.

Begitulah, apa pula pendapat anda?

Baca juga:

“Pakai Baju Santa Claus Pun Salah? Jangan Buat Islam Complicated..”- Fasha Sandha

Wajib Baca! Ini Penerangan Pejabat Mufti Berkaitan Isu Muslim Memakai Hiasan Hari Krismas

 

 

 

 

 

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement