Semasa & Hiburan
Berderai Air Mata Diva AA Bila Luah Tentang Hubungan Dengan Ziana Zain
Tidak sampai seminit, Azwan mula mengalir air mata.
Teka-teki siapa gerangan yang akan bergandingan dengan pelakon, Elly Mazlein dalam rancangan Lagu Cinta Kita Musim 2 terjawab apabila malam semalam pengacara, Azwan Ali muncul di pentas tersebut.
Kemeriahan dalam rancangan malam semalam sama seperti musim sebelum. Gawat dengan telatah dua pengacara yang serasi sehingga ramai penonton menginginkan mereka berdua kekal mengacara rancangan tersebut.
Namun, ada kejadian yang tidak dirancang telah berlaku apabila Elly mula bertanya pada Azwan atau lebih mesra dengan panggilan Diva AA apabila melihat Ziana Zain dan pasangan telah berpisah.
Tidak sampai seminit, Azwan mula mengalir air mata ketika membuka cerita hubungan dia dan penyanyi hebat, Ziana Zain sehingga meminta maaf pada kedua ibu bapa Ziana kerana sudah tidak lama menziarah.
Jom dengarkan babak tersebut.
Apa pun, kami dari Kool FM sentiasa doakan Azwan dan Ziana kawan sehingga akhir hayat.
Kami tetap sayang Azwan Ali!
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Tengah Shooting Dengan Ziana Zain!!” – Diva AA Tunjuk Bukti Pada Netizen
“Diva AA 2020!” – Ramai Teruja Azwan Ali Buat ‘Comeback’ Mengacara
Sumber: yttv3malaysia