Connect with us

Semasa & Hiburan

Belum 10 Bulan Dah Pandai Bertatih, Ramai Kagum Anak Fasha Sandha Cepat Belajar Berjalan

Seronoknya tengok anak Fasha Sandha belum 10 bulan dah pandai bertatih…

Published

on

Memang seronok bila kita sebagai ibu bapa ni dapat tengok perkembangan anak kita depan mata, dari dia lahir sampailah dah besar. Memang rasa sekejap je masa berjalan, tahu-tahu anak kita dah pandai berjalan, berlari semua. Bagi golongan selebriti pula, perkembangan anak mereka bukan sahaja dirasai oleh mereka, malah oleh para peminat juga yang mengikuti perkembangan anak mereka dari semasa ke semasa.

Itulah yang sedang dirasai oleh pelakon, Fasha Sandha sekarang apabila anaknya yang baru berusia sembilan bulan lebih dilihat sudah pandai bertatih. Fasha berkongsi perkembangan anaknya, Aisha Aimara, di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Baca juga:Β Kongsi Cara Masakan Laksa Terengganu Resipi Moyang, Ramai Terliur Lihat Siti Sarah Makan Guna Tangan

β€œBelum 10 bulan dah pandai bertatih. I’m proud of you baby girl,” ujar Fasha di ruangan kapsyen.

Memang agak cepat juga Aisha sudah belajar berjalan. Sementara itu, rata-rata wargamaya memuji anak Fasha yang sudah pandai bertatih-tatih dalam usia yang tidak sampai 10 bulan. Dalam masa sama, ayah kepada Aisha iaitu pelakon Aidil Aziz turut berkata cepat anaknya sudah boleh berjalan.

Tidak kurang juga ramai yang memuji kecomelan dan kecantikan Aisha. Mungkin wajah Aisha tempias daripada kecantikan ibunya sendiri. Bila dah comel sangat, pandai bertatih pun boleh buat orang geram. Apa-apa pun semoga Aisha Aimara membesar dengan sihat dan baik.Β 

Baca juga:Β “Confident Tu Aku Duduk Dengan Ex-Wife” – Dituduh Berstatus Duda Anak Dua, Harris Anuar Tenang Tangkis Dakwaan

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement