Connect with us

Semasa & Hiburan

Beli-belah Pakaian Teman Wanita, Hubungan Bersama Skandal Kantoi Di Tengah Jalan

Padah berlaku curang di belakang isteri, akhirnya kantoi juga…

Published

on

Nak bahagiakan pasangan kita kadang-kadang dengan membelikan hadiah pun sudah cukup mengukir senyuman di wajah. Nak menghancurkan hati pun mudah juga hanya dengan berlaku curang sahaja. Isteri mana je yang tak patah hati kalau dapat tahu suaminya curang. Itulah yang berlaku kepada seorang wanita di India apabila melihat suaminya curang bersama wanita lain di sebuah kedai.

Menurut laporan, lelaki berkenaan sedang di dalam kedai untuk membelikan hadiah berbentuk pakaian buat teman wanitanya. Namun, hajatnya itu tidak kesampaian apabila isterinya tiba di kedai itu. Kejadian memalukan itu berlaku di sebuah pasar di Shastri Nagar, Meerut, Uttar Pradesh, menyaksikan seorang wanita, Ayesha menangkap suaminya, Adnan, ketika sedang membeli pakaian bersama wanita lain.

Sudah tentu perasaan sedih bercampur marah melanda jiwa Ayesha kerana rasa dikhianati, lalu dia memukul suaminya itu di hadapan khalayak ramai. Mereka berdua bertengkar, manakala teman wanita lelaki tersebut melarikan diri. Polis akhirnya berjaya mengawal kekecohan itu sebelum pasangan itu dibawa ke balai polis.

Hasil siasatan, Adnan menyatakan bahawa dia dan isterinya sudah bercerai. Namun Ayesha menangkis dakwaan suaminya itu sebelum Adnan menyatakan mereka sedang dalam proses penceraian. Bagaimanapun, Adnan menuduh isterinya itu ingin membunuhnya, namun tidak dapat mengemukakan bukti.

Dalam pada itu, Ayesha mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Ayesha mendakwa dirinya sering dipukul suaminya dan dia mula mengesyaki lelaki itu curang terhadapnya sebelum menemui suaminya bersama wanita lain di kedai memilih pakaian. Pada akhirnya, aktivis sosial yang tiba di balai polis itu turut menuntut tindakan tegas diambil terhadap lelaki itu.

Itulah kisah kecurangan dari pasangan yang dikatakan baru mendirikan rumah tangga setahun lalu. Semoga kita tidak menjadi seperti lelaki tersebut yang hanya tahu menyalahkan isterinya dalam semua perkara.Β 

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

“Bukan The Next Lee Chong Wei” – Pamer Kekuatan Tersendiri, Netizen Akui Kehebatan Lee Zii Jia

“Penjarakan Sosial Pun Tak Ada” – Buat Majlis Kahwin Dikatakan Tiada SOP, DG Hisham Beri Respon…

 

 

 

 

 

Sumber berita: Harian Metro & India Today

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement