Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Bedah Pesakit Sampai Lumpuh, Ada Yang Maut!” – Tindakan Gila Doktor Ini Sehingga Digelar ‘Dr. Death’

Kerja gila seorang doktor sehingga mengakibatkan kecacatan kekal terhadap persakit, dan ada juga yang menemui ajal…

Published

on

Kerjaya seorang doktor boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang mulia. Doktor merupakan orang yang kita akan jumpa bila sakit dan mahu mendapatkan rawatan. Ketika sakit, doktor lah orang yang paling dipercayai. Tambahan lagi kerjaya doktor bukanlah satu kerjaya yang mudah. Bagi mendapatkan kelayakan menjadi seorang doktor, seseorang perlu mengharungi hampir 7 tahun proses pembelajaran. Kalau nak jadi doktor pakar, kena tambah lagi beberapa tahun pengalaman sebagai doktor. Dalam Perintah Kawalan Pergerakan ni, doktor jugalah antara frontliner yang penting dalam merawat kes jangkitan COVID-19.

Walaupun kerjaya doktor dipandang mulia, namun terdapat juga doktor yang tidak berperikemanusiaan. Kisah ini berlaku di Dallas, Texas di mana seorang doktor bernama Christopher Duntsch telah mengakibatkan dua kematian dan 31 pesakit lumpuh hasil daripada pembedahannya. Dia yang dikenali juga dengan gelaran Dr. Death lahir pada tahun 1971 di Montana. Dibesarkan bersama tiga adik-beradik, ayahnya merupakan seorang pendakwah bebas dan ahli terapi fizikal. Manakala ibunya merupakan seorang guru sekolah.

Seorang Pelajar Perubatan Yang Cemerlang

Duntsch merupakan doktor berkelulusan dari institusi perubatan yang hebat. Mendapat kelulusan sarjana muda di Universiti Memphis, dia meneruskan pelajarannya sehingga ke peringkat Ph.D di University of Tennessee Health Center. Dia dikatakan sebagai seorang pelajar yang cemerlang sehingga dibenarkan untuk mengikuti program berprestij Alpha Omega Medical Honor Society. Duntsch juga menguruskan sebuah makmal penyelidikan sewaktu zaman belajarnya serta melengkapkan program residensi untuk bedah saraf. Kalau ikutkan dari history background, agak mustahil untuk orang seperti ini memilih untuk jadi pembunuh. Tapi semua tu berubah selepas dia melibatkan diri dengan dadah.

Sekitar tahun 2006 dan 2007, Duntsch dikatakan mula mengambil dadah jenis LSD dan mengambil painkiller sewaktu hari jadinya. Bekas temannya juga ternampak Duntsch menyimpan dadah jenis kokain di almari rumahnya. Rakannya juga pernah ternampak Duntsch pergi kerja seperti biasa selepas semalaman berpesta dengan dadah.

Mangsa Dr. Death!

Dalam tempoh dua tahun, Duntsch telah melakukan pembedahan sebanyak 38 kali. Dua daripadanya mati dari komplikasi pembedahan, dan yang lain mengalami kecederaan teruk ataupun lumpuh.

Sewaktu di Minimally Invasive Spine Institute, Duntsch sempat melakukan satu pembedahan. Tetapi dia dipecat selepas melakukan pembedahan tersebut dan meninggalkan pesakitnya tanpa pengawasan. Dia mungkin dipecat dari institusi kesihatan tersebut, tetapi masih menjadi seorang doktor bedah di Baylor Plano, Texas.

Pada bulan Februari 2012, seorang pesakit menjalani pembedahan tulang belakang yang dibedah oleh Duntsch. Selepas pesakit tersebut bangun, dia mendapati dirinya tidak dapat bergerak dari bahagian leher sehingga ke bawah. Seluruh badannya telah lumpuh dan ditambah dengan rasa sakit. Lesen bedah Duntsch digantung sementara diatas kecuaiannya. Bagaimanapun, tidak lama selepas tu dia melakukan satu pembedahan terhadap seorang pesakit berumur 55 tahun.

Pesakit tersebut menjadi mangsa Duntsch seterusnya selepas dia dimasukkan ke unit rawatan rapi hasil daripada pembedahan yang sepatutnya mudah dalam kalangan pakar bedah. Selepas melakukan kesalahan itu, Duntsch mengambil keputusan untuk berhenti dari Baylor Plano pada tahun 2012. Tidak serik dengan perbuatannya, Duntsch meneruskan kerja gilanya selepas diterima ke Dallas Medical Center.

Pembedahan pertamanya di hospital tersebut sekali lagi bertukar tragedi. Seorang pesakit yang dibedah pada bulan Julai 2012 mengalami strok tidak lama selepas pembedahannya. Ia disebabkan oleh arterinya yang dihiris Duntsch semasa pembedahan. Walaupun pesakit itu mengalami kecederaan yang teruk selepas pembedahannya, Duntsch tetap meneruskan pembedahan terhadap pesakit-pesakit lain.

Selepas beberapa bulan melakukan pembedahan dan mengakibatkan dua kematian, akhirnnya lesen bedah Duntsch ditarik sepenuhnya pada tahun 2013. Christopher Duntsch dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Februari 2017 kerana perbuatan kejinya dan kini cuba untuk mendapatkan rayuan terhadap hukumannya itu.

Baca juga artikel menarik lain:

Belum Reda Dengan COVID-19, WHO Ramal Virus Nipah Bakal Jadi Pendemik Seterusnya?

Gara-Gara Buat Sit-Up, Habis Ribuan Kediaman Terputus Bekalan Elektrik

 

 

Sumber daripada: All That’s Interesting

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement