Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Be Nice And Don’t Be Naughty…” – Ucapan Anak Istimewa Zarina Zainuddin Buat Ramai Tersentuh

Melihat kepada ruangan komen posting tersebut, rata-rata tersentuh dengan ucapan dan pesanan Azal buat golongan autisme…

Published

on

Pelakon veteran, Zarina Zainudin, adalah antara selebriti yang terbuka berkongsi pengalamannya menjaga dan mendidik anak-anak autisme di sosial media miliknya. Malah, Zarina seringkali diundang sebagai panelis di majlis ilmu dan program televisyen di negara ini. 

Dikurniakan dua anak istimewa yang menghidap penyakit ini, Zarina tidak pernah putus asa untuk mendidik mereka menjadi insan yang berguna dan cuba memberi pendedahan kepada anak kembar lelakinya kepada dunia luar sama seperti anak-anak yang lain.

Terbaru, Zarina, melalui akaun Instagramnya, berkongsi satu video di mana, salah seorang anak kembarnya Muhammad Raizal Azra, atau lebih mesra dipanggil Azal memberi ucapan sempena Hari Autisme Sedunia yang diraikan pada 2 April setiap tahun.

“Happy Autisme Day to autisme people around the world. Be nice and don’t  be naughty. This month is World’s Autism Month. Spread the love.” 

Azal yang berumur 25 tahun, dilihat gembira dan positif di dalam rakaman video tersebut. Malah, dapat diperhatikan bahawa anak istimewa ini dididik dengan penuh kasih sayang sehingga terlihat di balik peribadi dan tutur katanya. 

Panjangnya ‘I love you, Ibu’. Bagusnya Azal ni anak yang baik”

Melihat kepada ruangan komen posting tersebut, rata-rata tersentuh dengan ucapan dan pesanan Azal buat golongan autisme. 

Autism Spectrum Disorder (ASD) atau dipanggil Autisme adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang dalam berkomunikasi, bersosial dan menjaga tingkah laku. Menurut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, lebih 15,000 orang menghidap autisme di negara ini. 

Golongan ini sering didiskriminasi oleh kebanyakan masyarakat. Malah, perbuatan mereka juga selalu disalah ertikan. Hari Kesedaran Autisme Sedunia adalah ruang yang baik untuk mendidik masyarakat memahami golongan tersebut. 

Penulis: Lily

Baca juga artikel menarik lain:

Neelofa Terima Anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith, Netizen Merasakan Ada Yang Lebih Layak

Netizen Teka Dah Mengandung Selepas Nampak ‘Baby Bump’, Ini Jawapan Elizabeth Tan…

Sumber daripada: Instagram

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement