Connect with us

Semasa & Hiburan

“Bo**h Dan Memalukan..” – Ketawa Gembira Ahli Keluarga Positif Covid-19, Chef Wan Tempelak Gadis Ini

Apa yang mengundang rasa amarah orang ramai adalah apabila gadis ini tidak mengambil serious akan hal ini tetapi boleh lagi bergelak-ketawa dan mempermainkan isu Covid-19.

Published

on

Sejak semalam tular sebuah video yang dirakam oleh seorang gadis melalui Instagram story di akaun miliknya. Video tersebut dirakam di dalam kereta di mana gadis tersebut dan beberapa lagi ahli keluarganya sedang menunggu untuk mengambil ujian swab secara pandu lalu di sebuah klinik swasta. Gadis itu menjelaskan bahawa mereka sekeluarga adalah suspek positif Covid-19.

Baca juga: Iman Troye Tutup Akaun Twitter Selepas Dikecam Persenda Kes Covid-19

Namun, apa yang mengundang rasa amarah orang ramai adalah apabila gadis ini tidak mengambil serious akan hal ini tetapi boleh lagi bergelak-ketawa dan mempermainkan isu Covid-19. Sepanjang proses ujian tersebut dijalankan gadis ini dan beberapa orang ahli keluarganya asyik ketawa bagaikan hal ini jenaka buat mereka.

Ujian mendapati bahawa ada antara mereka yang sah positif Covid-19 termasuklah bapa kepada gadis ini yang sudah pun berumur. Apa yang lebih menghairankan, gadis ini terus-terusan ketawa malah mengajak ahli keluargaya yang lain untuk tepuk tangan bersama kerana bapa mereka dijangkiti virus membunuh ini sedangkan si tua yang bagaikan tidak mengerti hanya duduk sendiri.

Video yang tular di media sosial ini dikongsikan kembali oleh Chef Wan. Berang betul Chef Wan dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh gadis ini sehingga menggelarkannya “bo**h” dan “memalukan”. Kata Chef Wan, dia tidak dapat menerima apa yang dilakukan gadis ini yang seakan-akan bangga dijangkiti. Gadis ini telah menghina dan memandang enteng wabak pandemik yang melanda dunia ketika ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Bagi Chef Wan perangai begini menjijikkan dan tidak menghormati para petugas barisan hadapan serta rakyat Malaysia yang mengambil serious akan hal ini. “Ini adalah satu contoh yang tidak baik buat masyarakat dan ianya hanya memalukan orang Melayu.” tambah Chef Wan.

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata wargamaya mengutuk tindakan gadis tersebut yang mempermainkan isu sebesar ini. Semalam, dilaporkan bahawa kes kematian akibat virus Covid-19 meningkat sehingga 126 kes dan menjadikannya angka kematian tertinggi setakat ini. Laporan itu sahaja jelas menunjukkan wabak pandemik ini bukan perkara remeh yang boleh digelak ketawakan.

Ada juga wargamaya yang menimbang kemungkinan bahawa gadis ini mungkin terlalu sedih dengan apa yang berlaku dan gelak ketawa adalah “coping mechanism” baginya. Namun, ianya masih salah malah tindakannya berkongsikan video ini di media sosial boleh menjadikan perkara lebih buruk.

Negara ketika ini sedang merana bukan sahaja kerana Covid-19 tetapi kerana sikap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. Kita hanya mampu doakan agar negara kita terselamat daripada bencana teruk ini dan jagalah diri serta keluarga sebaik mungkin dengan mematuhi SOP.

Baca juga: “Simpanlah Kau Punya Bo**h “Seperti “Berperang” Di Ruangan Komen Bila Suhaimi Saad Sound Catriona Ross

Sumber: Chef Wan

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement