Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Batang Pisang Dijadikan Rakit! Usaha Murni Lelaki Ini Dipuji

Usaha yang ‘kreatif’ dan baik!

Published

on

Keadaan banjir di sesebuah kawasan pastinya menjadi mimpi ngeri buat penduduk yang terjejas. Namun ia tidak menghalang seorang lelaki berusia 37 tahun untuk membantu menyumbangkan makanan dan keperluan harian kepada mangsa banjir di Kampung Linau, Kota Belud, Sabah. Apa yang menarik, lelaki tersebut yang bernama Arshadila Arshad hanya menggunakan rakit yang diperbuat daripada batang pokok pisang sebagai ‘kenderaan’ untuk menghantarkan barang-barang sumbangannya.

Walaupun gambar yang dimuat naik agak ‘melucukan,’ namun rata-rata warganet memuji usaha Arshadila yang sanggup meredah banjir menggunakan rakit buatannya itu demi membantu penduduk kampung yang terjejas.

Menurut Arshadila, apa yang dia lakukan itu bukan lah kali pertama kerana daerah tersebut kerap dilanda banjir setiap kali hujan lebat yang berterusan. Perkara yang sama turut pernah dilakukannya pada tahun 2017 dengan menaiki rakit, atau disebut sebagai ‘bangkar’ untuk keluar dari rumah dan membantu penduduk yang terperangkap.

Antara kepayahan yang dilalui oleh penduduk kampung di situ setiap kali banjir melanda adalah bekalan elektrik terputus dan juga terperangkap di rumah dengan tidak berdaya keluar membeli barang keperluan. Jadi dari situ lah Arshadila tekad untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk setempat agar keperluan harian cukup sementara menunggu banjir surut.

Menurutnya yang juga merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Kota Belud, usahanya itu sebenarnya sudah sebati dengan hidupnya dalam menjalankan misi kemanusiaan. Katanya lagi, pembinaan rakit daripada pokok pisang di hadapan rumahnya turut dibantu adiknya sebelum dia pergi menjalankan misinya itu. Memang diakui ia satu usaha yang baik dan semoga menjadi contoh kepada orang ramai untuk turut membantu meringankan beban dikala kawasan setempat ditimpa musibah.

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement