Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Ibu Bapa Tiada Akal!” – Tindakan Bagi Anak Hisap Vape Undang Kemarahan Netizen

Baru-baru ini, tindakan ibu bapa yang memberikan anaknya yang masih kecil menghisap vape mengundang kemarahan netizen. Rata-rata mengatakan ia adalah tindakan  yang tidak berakal.

Published

on

Baru-baru ini, tindakan ibu bapa yang memberikan anaknya yang masih kecil menghisap vape mengundang kemarahan netizen. Rata-rata mengatakan ia adalah tindakan  yang tidak berakal.

Individu yang merupakan ibu kepada kanak-kanak itu berkongsikan video di Instagram miliknya di mana dia sendiri menghulurkan vape itu ke mulut anaknya dan kanak-kanak itu dengan tidak mengerti apa-apa menghisap alat elektronik yang penuh bahan kimia di dalam dengan rasa perit. Namun, individu itu bukannya merasa kasihan malah makin teruja dan ‘menyuap’ vape berkenaan berkali-kali. Kasihan betul melihat anak kecil yang tidak berdosa itu menahan rasa perit dan tidak selesa.

Baca juga: Instafamous Guna Artis Dan Anak Yatim Sebagai Marketing Punca Nama Caprice ‘Naik’ Langgar SOP

Setelah menerima kecaman ramai, individu tersebut menukar akaun Instagramnya kepada “private”. Namun sebelum itu dia ada membuat Instagram story di mana dia berkata bahawa netizen semuanya kelam-kabut. Dia menambah bahawa itu adalah anaknya dan dia sebagai penjaga tahu cara untuk menjaga anaknya sendiri. Ini pesanannya buat netizen, “Suka hati aku lah, anak aku!”.

Video tersebut dikongsikan kembali oleh seorang pengguna Twitter popular yang dikenali sebagai Pedoq. Melihat ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan tidak bermoral individu berkenaan. Lebih panas hati apabila ayahnya sendiri memberikan kenyataan yang sebegitu.

Ada juga yang terus menyeru jabatan kebajikan masyarakat untuk tampil mengambil tindakan terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu. Berang betul rakyat Malaysia apabila wujud ibu bapa yang menganiaya anak seperti ini.

Kita sebagai rakyat yang mempunyai akal fikiran jangnlah pula mengikut perkara negatif seperti ini lagi-lagi ibu bapa. Kasihan kepada anak kecil yang tidak tahu apa-apa dan bergantung hidup kepada ibu bapa.

 

Baca juga: Bapa Durjana! Budak 3 Tahun Positif Dadah Kerana Bapa Tiri

Sumber: Twitter Pedoq

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement