Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Balas Dendam! Wanita Kahwini Kekasih Gadis Yang Curang Dengan Bekas Tunangnya

Cara balas dendam dengan cara kahwin bekas kekasih gadis yang rampas tunang. Cinta segi empat ni…

Published

on

Tidak dapat dinafikan bahawa pengkhianatan dalam hubungan adalah amat menyakitkan. Siapa je yang tak berasa kecewa, sedih dan marah dengan kecurangan kekasih. Tetapi seorang wanita dari Scotland ini mendedahkan bagaimana dia berjaya membalas dendam terhadap gadis yang mencuri bekas tunangnya dengan cara yang dia rasakan sangat memuaskan.

Jade Purvis yang berasal dari Ayrshire, Scotland membuat perkongsian di aplikasi TikTok dengan 60,000 pengikutnya tentang bagaimana dia bertemu suaminya. Dia mendedahkan bahawa suaminya ini merupakan bekas kekasih kepada gadis yang curang dengan bekas tunangnya. Jadi, adakah ini cinta empat segi?

Menyingkap semula kisah lalu, Purvis menjelaskan bahawa bekas tunangnya itu yang sudah bersamanya selama tiga tahun, memandu sejauh 302 kilometer untuk curang bersama seorang gadis yang sedang dalam hubungan bersama lelaki lain. Selepas dia mengetahui tentang kecurangan itu, dia bersama teman lelaki gadis tersebut bekerjasama untuk membalas dendam. Mereka berdua kemudian berkahwin. Kejadian tersebut berlaku tujuh tahun lepas dan Purvis menyatakan mungkin ini kemenangan buatnya.

Walaupun ada pengikutnya yang memberikan komen gembira dengan pengakhiran kisah cintanya, ada juga yang mempersoalkan tindakannya berkongsikan kisah lalu. “Sudah berkahwin tetapi masih bercerita tentang bekas tunang?” soal salah seorang pengguna TikTok.

Bagi suaminya juga mungkin agak sakit dengan kejadian tujuh tahun lepas apabila dicurangi teman wanitanya yang telah bersamanya selama 5 tahun setengah. Namun mereka kini bahagia dengan perkahwinan yang mencecah usia 4 tahun. Dalam pada itu, Purvis tampil menjelaskan mereka berempat tidak mempunyai masalah dan berhubungan baik selepas kes kecurangan itu terbongkar.

Mungkin niat wanita itu berkongsikan kisah lamanya adalah untuk menjadikan teladan kepada yang lain supaya tidak terus kecewa dalam percintaan. Teringat kisah lalu tidak bermakna masih mempunyai perasaan, tapi sekadar mengingatkan diri bahawa kekecewaan dahulu membawa kepada kebahagiaan kini. 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Hanya Kerana Cinta, Wanita Ini Tidak Melihat Cahaya Selama 25 Tahun

Wanita Ini Bertindak Bunuh Dan Simpan Kemaluan Kekasihnya Kerana Terlalu Cinta!

 

 

 

 

Sumber daripada: Kosmo & Daily Mail

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement